Tuesday, 28 February 2012
Susui bayi seawal mungkin
TIDAK dapat dinafikan segala perancangan penyusuan bayi harus bermula dari peringkat awal iaitu semasa mengandung yang mana si ibu perlu melengkapkan dirinya bukan saja dengan pemakanan seimbang tetapi juga melengkapi emosi diri.
Namun, ramai juga ibu yang sering tertanya-tanya kaedah untuk menghasilkan susu yang banyak supaya tidak perlu dicampur dengan susu formula.
“Pemakanan seimbang yang tinggi kalsium seharusnya diteruskan ketika menyusukan bayi untuk memenuhi keperluan zat dan tumbesaran bayi.
“Malah, si ibu terbabit perlu menyambung pengambilan vitamin prenatal dan minum air yang mencukupi untuk menampung kedua-dua ibu dan anak,” kata Pakar Kanak-Kanak, KPJ Seremban, Dr Wan Maziah Wan Mohamed.
Selain itu katanya, si ibu juga memerlukan waktu rehat yang mencukupi dan perlu sentiasa berada dalam keadaan tenang. Ia mungkin tidak begitu mudah jika si ibu berkenaan perlu juga menjaga anak yang lain oleh itu, sokongan keluarga sangat penting.
Kadangkala si ibu juga perlu mengambil ubat untuk masalah kesihatan lain justeru, mereka seharusnya merujuk kepada doktor untuk memastikan ia selamat digunakan sewaktu proses penyusuan (laktasi).
“Menyusu bayi seawal mungkin (sebaik-baiknya dalam jam pertama selepas bersalin) akan membantu pengeluaran susu lebih cepat dan banyak.
“Ini disebabkan setiap kali bayi menyusu, ibunya akan dirangsang dan pengeluaran hormon prolaktin dan oxytocin akan membantu menambah susu,” katanya.
Oleh itu katanya, lebih kerap bayi menyusu pada peringkat awal, lebih cepat terhasil pengeluaran susu yang mencukupi.
Namun, jika bayi diberi susu formula untuk menampung keperluan bayi pada minggu pertamanya, rangsangan kepada si ibu menjadi kurang dan pengeluaran susu ibu juga akan tergendala.
Malah, manfaat susu ibu untuk memberi perlindungan kepada usus bayi berkenaan juga akan terjejas kerana koloni bakteria baik akan berkurangan.
Di samping itu, Dr Wan Maziah berkata, pemberhentian susu ibu lebih awal ataupun tidak menyusu ibu dikaitkan dengan risiko lebih tinggi untuk si ibu menghidap penyakit kemurungan selepas bersalin (postpartum).
Kemurungan postpartum ialah ketidakseimbangan kimia yang secara amnya berlaku antara dua hingga lima minggu selepas seseorang wanita melahirkan anak.
Tekanan perasaan tahap kedua ini dikategorikan sebagai sederhana, juga dikenali sebagai kemurungan dan biasanya dialami sekitar 10 hingga 15 peratus wanita bersalin.
Masalah kemurungan ini boleh berpanjangan jika tidak dirawat. Selalunya, ia menyerang dalam tempoh pantang atau enam bulan pertama selepas bersalin.
“Antara gejala kemurungan ini adalah rasa sedih berpanjangan, rendah diri dan berasa dia bukan ibu yang baik bagi anak dilahirkan, tidak boleh menumpukan perhatian, letih dan tertekan, kurang selera makan serta sukar tidur malam. (aku pnh rasa perasaan ini semasa melahirkan Ammar Faris dulu)
“Namun, masalah ini boleh dirawat melalui perubatan dan terapi jika berjaya dikesan pada peringkat awal. Tetapi paling penting adalah sokongan keluarga terutama suami yang banyak membantu menangani gejala ini daripada berterusan,” katanya.
Baginya, menyusukan bayi dengan susu ibu adalah salah satu langkah bijak yang boleh diambil sepanjang proses tumbesaran anak.
Katanya, banyak kajian dilakukan sama ada menggunakan kaedah epidemiologi dan teknik makmal yang canggih menunjukkan terdapat banyak manfaat terhadap penggunaan susu ibu kepada anak jika ia diberikan sejak awal kelahirannya.
Antaranya merangkumi faedah kesihatan, imunologi, perkembangan dan tumbesaran anak, psikologi serta faktor sosio ekonomi namun begitu, masih ramai golongan ibu yang tidak menyusukan bayi mereka secara khusus.
“Keadaan ini mungkin disebab�kan masih ramai tidak mengetahui atau tidak begitu yakin dengan khasiat susu ibu ataupun disebabkan proses menyusukan anak memerlukan dedikasi dan disiplin yang tinggi daripada kedua-dua ibu bapa.
“Ada golongan ibu yang melihat penyusuan susu ibu hanya dilakukan oleh orang kampung saja lantas mereka enggan meneruskan penyusuan apatah lagi adanya pelbagai faktor kekangan seperti kerjaya,” katanya.
Menurutnya, penyusuan ibu sebaik-baiknya secara eksklusif dilakukan selama enam bulan dan diteruskan hingga satu tahun untuk meraih sebanyak mungkin manfaat daripadanya.
Apakah sebenarnya khasiat susu ibu? Kenapa ia dikenali sebagai makanan terbaik bagi bayi dan digunakan sebagai ‘standard emas’ untuk pembuatan susu formula?
Dr Wan Maziah berkata, susu ibu adalah satu produk ‘hidup’ yang mengandungi pelbagai antibodi, enzim dan hormon yang tidak mungkin mampu dihasilkan secara buatan.
Malah, kandungan susu ibu berkenaan berbeza mengikut individu dan peringkat perkembangan mereka. Disebabkan itu, golongan ibu mengeluarkan susu paling sesuai untuk bayi mengikut kematangan bayi mereka dan kesan daripada penyusuan susu ibu ini akan kekal hingga dewasa.
“Kajian menunjukkan penurunan risiko penyakit akut otitis media, cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan yang teruk, dermatitis atopi, asma (kanak-kanak), obesiti, diabetes jenis 1 dan 2, leukemia, sindrom kematian mengejut bayi dan necrotising enterocolitis.
“Malah, tidak dinafikan masih banyak lagi kajian sedang dilakukan untuk mengenal pasti kandungan lain susu ibu dan khasiatnya yang mampu mempengaruhi tumbesaran terbaik bagi bayi,” katanya.
Manfaat penyusuan ibu bukan hanya tertumpu kepada bayi kerana ia membentuk jalinan rapat antara si ibu dan bayi.
Proses berkenaan juga berupaya mempercepatkan pengecutan rahim kepada normal selain boleh mengurangkan berlakunya diabetes jenis 2, osteoporosis, kanser payudara dan kanser ovari.
“Malah, penyusuan ibu juga baik daripada segi sosio ekonomi kerana selain diperoleh secara percuma, ia juga menjimatkan kos rawatan hospital disebabkan anak lebih sihat.
“Anak yang sihat mempunyai minda lebih cerdas serta mampu menjadi insan lebih sempurna, berjaya dan menghasilkan generasi akan datang yang lebih cemerlang,” katanya.
Selepas ibu mula bekerja, disarankan supaya si ibu meneruskan penyusuan susu ibu dengan cara menyimpan perahan susu dalam peti sejuk beku dan digunakan bila perlu ketika waktu bekerja.
Selain itu, tekanan pekerjaan juga boleh mengurangkan pengeluaran susu, namun terdapat ubat yang boleh membantu menambahkan susu tetapi golongan ibu seharusnya mendapat nasihat daripada doktor sebelum mencubanya.
Pengambilan ubatan untuk menambah susu seperti ini harus digunakan sebagai langkah terakhir jika semua ikhtiar yang dilakukan tidak berhasil dan diingatkan, rangsangan terbaik masih daripada bayi yang menyusu badan.
“Terdapat juga keadaan tertentu seperti masalah kesihatan yang memaksa golongan ibu untuk memberi susu formula. Si ibu terbabit perlu memilih susu formula yang tidak membuatkan bayi sembelit atau cirit-birit serta tidak menimbulkan alahan.
“Jika keadaan ini berlaku maka si ibu tidak perlu bersedih kerana tidak mampu memberikan makanan terbaik (susu ibu) kepada bayi kerana bayi masih lagi mampu membesar sebaiknya jika cara dan langkah yang dilakukan mengikut aturan yang betul,” katanya.
Thursday, 23 February 2012
Sape nak Tolong lipat nieee!!!!!
Arini ni lbh kurang 3 minggu aku xlipat baju..
Waaaaa...hebatnye..klu mak aku tahu mesti dia mengucap pnjg..hehehe
Nk wat mcm mak..xde msa nk lipat..penat...hehehe
My huby plk asyik nanti2 je..haaaa..smpai tinggi gunung dh bju tu..
Tp minggu lps terajin plk..tp lipat baju anak je..
Senang..kecik..mudah je nk lipat...
Erm...klu ada mesin blh lipat kn senang...hahahaha
xpelh..tgk ari minggu ni..adakah aku berjaya lipat sume baju...
or msh mcm tu gak...or makin bertambah.....
Ermmmmm..sape nk tolong yekkkk!!!!
Tuesday, 21 February 2012
Bila dua Ammar bertemu!!
Ammar Faris dan Ammar Fifqi....klu tgk rupa diorg mmg xde iraslh..
tp bila ditenung btol2 sbnrnye ada iras....adik beradik kn..msti ada rupa skit..
Dulu msa Riff lahir mmg aku tgk lain bnor rupanye..kulit gelap skit..mata bulat..hehehe (jgn mrh ye syg)...
Tp skrg baru nmpk..rupanye Riff ni ada ikut muka ayah dia..hehehe
Rmai yg ckp Ammar Faris muka mama dia..Ammar Rifqi muka ayah dia..
Urmmm...kira sama rata lh..ada rupa mama n ayah...hehehe
Msa Riff lahir dulu Ammar Faris lgsung xnk tgk adik dia..(mcm xblh terima kenyataan ada org lain tdor sblh mama dia)
Tp skrg dh ok skit..cuma msih jeles..pntang tgk mama dia free, nk dukung je...(maklumlh kasih syg dirampas olh adik dia..hehehe)
Kadang2 kesian gk aku tgk si Ammar Faris ni kecik agi dh dpt adik..org kata kasih syg dr mama n ayah blm puas agi (tp laki aku kata xpe..blh bahagi kasih syg tu ngn adil..'senang je dia ckp')
Bila dh ada anak kedua ni, nak handle mmg huru hara lh..bila dua2 nangis xtau nk wt apa..nk ambik sape dulu..smpai ngn mama2 pn nangis gak...
Tp skrg dh blh handle..yg si adik pn mcm memahami bila si abg wat hal...Riff mmg xbyk ragam..
Tp skrg dia manja sgt ngn mama dia..maklumlh anak kedua ni aku dapat bagi susu bdn..rapat dia lain mcm skit..
Time Ammar dulu dpt merasa susu bdn smpai 2 bln jer..(sedih tau msa tu xdpt bg Ammar susu bdn)...
Bila dh dpt 2orng anak ni kegembiraan ak bertambh2...kasih syg berbunga2 kt anak2 (Oopss!kesian kt laki aku kurng kasih syg..hehehe..sory yek syg)
Bila pegi mana2 n wat apa saje msti teringat kt anak..
Harap anak2 mama nnti jadi org yg berguna dan mengenang jasa mama ngn ayah yg telah byk berkorban tuk mereka.(klu degil je mama jentik..hihihi)
Susah tul nk ambik gmbr diorg berdua..(agaknye si abg segan kot..hehehe)
Si Abg control hensem..si Adik Uwekkk kt blkg ( meluat kt abg lh tu..hihii)
Akhirnye dua2 Ammar sudaa botakkk.....
Sunday, 19 February 2012
Petronas @ KLCC
Tghari smlm kluar idea nk pi KLCC.. My huby ajak pi Petronas KLCC..tmpat apa tuu??!!
OOoooo...Lebih kurang mcm tmpt sainslh...sronok gak!!byk yg diluar jangkaan...Ammar plk sronok tgk kete 3D..tp nk pegang xblh....hehehe...entah dia phm ke x apa yg dia tgk tu. Aku pn xsempat nk tgk puas2 sbb sibuk dukung si montel Riff ni...(Riff pn sibuk nk tgk gk)
OOoooo...Lebih kurang mcm tmpt sainslh...sronok gak!!byk yg diluar jangkaan...Ammar plk sronok tgk kete 3D..tp nk pegang xblh....hehehe...entah dia phm ke x apa yg dia tgk tu. Aku pn xsempat nk tgk puas2 sbb sibuk dukung si montel Riff ni...(Riff pn sibuk nk tgk gk)
Thursday, 16 February 2012
Selamat Datang Reff
Pengalaman melahirkan bayi yang kedua tidak sama dgn yang pertama. Saat tuk melahirkan anak kedua ada citenye...Pada 23hb Oktober 2011 sehari selepas aku meraikan Hari Jadi Ammar dan Ayahnye...aku telah keluar tanda tuk bersalin..berdebar2 perasaan aku sbbnye bkn tarikh ini dijangka aku bersalin.
Lebih kurang kul 2ptg, aku bergegas ke Hospital Putrajaya tuk mengesahkan adakah aku akn bersalin aritu gak??!!Setelah di check oleh nurse kt situ, dh buka 1cm rupanye..apalagi, rancangan aku nk bersalin kt Terengganu sempat ke..aku ngn huby mengambil keputusan tuk Redah Je blk Trg ptg tu gak!!!....(dlm ati mmg berdebar kencang)..
Apa lagi..blk je rumah kemas mna yang patut terus bertolak dr rumah kul 4 ptg..msa tu mmg ada sakit skit lh (kontraksi)...dlm perjlnan tu mula2 sakit setegah jam skali..pastu 15mnt skali, pastu 10mnt skali....mak..ayah..makcik..sume call risau terbersalin dlm kete...
Alhamdulilah...selamat gk smpai Terengganu..trus pi Pusat Perubatan Intan..msa tu dh bukak 5cm..xlma duk dlm bilik wad...trus je bersalin...Syukur alhamdulilah..aku selamat melahirkan bayi lelaki yang comel seberat 3.4kg pada kul 2.15 pada 24hb Oktober 2011..
Dengan itu...kami memberi nama dia Ammar Rifqi Bin Mohd Syahir...
Subscribe to:
Posts (Atom)