Wednesday, 30 September 2015
Susu badan terlalu banyak 'Oversupply'
Antara simptom yang dialami oleh ibu dan bayi yang mengalami keadaan oversupply:
1. Bayi kerap menangis dan kelihatan restless.
2. Bayi kerap tersedak, terbatuk dan tercungap-cungap semasa menyusu, kadangkala kelihatan marah semasa menyusu.
3. Bayi berhenti menyusu dan menggigit atau kemam puting ibu.
4. Bayi melepaskan lekapan semasa menyusu dan kelihatan susu memancut laju dari puting ibu.
5. Ibu mengalami luka pada puting.
6. Bayi kerap berhenti dan menyusu semula dalam 1 sesi penyusuan, (on and off feeding).
7. Bayi menyusu dalam tempoh yang singkat pada kedua belah breast, i.e. kerap tukar side, sekejap kiri sekejap kanan.
8. Najis bayi hijau, sangat cair dan berbuih-buih.
9. Breast ibu rasa penuh/full dalam kebanyakan masa.
10. Ibu mengalami bengkak susu / mastitis yang berulang-ulang.
Ibu yang oversupply menghasilkan susu yang lebih banyak daripada keperluan bayinya. Situasi oversupply boleh menyebabkan aliran susu menjadi terlalu laju (forceful letdown / forceful milk ejection). Keadaan inilah yang menyebabkan bayi kerap tersedak atau tercungap-cungap semasa menyusu dan juga simptom-simptom yang telah disebutkan di atas.
Ada ibu yang bertanyakan saya, bagaimana untuk mengurangkan penghasilan susu kerana susu sudah terlalu banyak untuk anak dan anak-anak susuan.
Ada juga yang kerap ke hospital mendapatkan rawatan untuk mastitis (radang payudara) yang sentiasa berulang-ulang.
Ada pula yang stress setiap kali menyusu, kerana anak asyik tersedak dan kerap menukar side ketika menyusu.
Semua ini memberi pengalaman yang tidak gembira atau boleh jadi memeritkan kepada ibu.
Bagi ibu yang mengalami masalah di atas, monitor dahulu penghasilan susu anda. Tidak semua ibu benar-benar menghadapi over abundant milk supply.
Jika anda merasakan penyusuan tidak berjalan lancar dan kerap mengalami mastitis, anda boleh mengamalkan kaedah di bawah untuk memastikan penghasilan susu lebih terurus:
1. Block feeding.
Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.
Susukan bayi pada 1 belah breast sahaja dalam 1 sesi penyusuan untuk jangka masa 2-3 jam. Offer side yang sama untuk penyusuan yang seterusnya. Monitor reaksi bayi pada sesi penyusuan yang kedua itu. Bayi sepatutnya kelihatan lebih selesa kerana aliran susu mula perlahan pada payudara itu.
Jika anda merasa tidak selesa pada payudara yang tidak diminum bayi, gunakan pam susu atau perahan tangan untuk ekspres sedikit susu cukup untuk mengelakkan ketidakselesaan atau bengkak susu. Perah selama 5 - 10 minit sahaja.
Konsisten dengan kaedah ini selama 1-2 hari dan monitor penghasilan susu anda.
2. Kurangkan sesi memerah dalam 1 hari.
Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.
Contoh situasi: Jika jadual mengepam anda sebelum ini adalah 7 kali sehari, kurangkan kepada 5 kali atau 3 kali sehari sahaja. Caranya: Adalah dengan merangka semula jadual dengan 5 kali sesi perahan dan konsisten dengan jadual ini selama 1-2 minggu (sehingga penghasilan susu berada pada kuantiti yang anda inginkan).
Jika anda masih mengalami oversupply, rangka pula jadual mengepam dengan 3 kali sesi perahan sehari dan konsisten dengan jadual ini pada minggu ke-3 dan ke-4 (sehingga penghasilan susu berada pada kuantiti yang anda inginkan).
Cara ini akan memberi signal kepada badan anda supaya down-regulate atau mengurangkan penghasilan susu kerana berkurangnya demand kepada susu ibu.
3. Singkatkan sesi memerah.
Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.
Contoh situasi: Jika sesi memerah anda sebelum ini adalah 30 minit, pendekkan sesi memerah ke 10 / 15 minit sahaja. Cara ini akan menyebabkan breast tidak dikosongkan sepenuhnya lalu membenarkan kehadiran sejenis protein yang akan mengurangkan penghasilan susu iaitu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) dalam breast ibu.
Sesi memerah selama 10 / 15 minit sahaja adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan atau bengkak susu pada ibu.
4. Panjangkan gap antara setiap sesi memerah.
Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.
Memerah dengan kerap akan menghasilkan lebih banyak susu. That's a basic demand vs supply.
Jika penghasilan susu terlalu banyak sampai anda dan baby tak dapat handle, kurangkan kekerapan memerah. Pam setiap 4-6 jam sekali. Breast yang tidak dikosongkan dengan kerap akan memberi signal kepada badan supaya memperlahankan penghasilan susu.
Suka untuk diingatkan bahawa penyusuan seharusnya memberi pengalaman yang bermanfaat dan bermakna kepada ibu dan bayi. Ia bukanlah sesuatu yang membebankan kepada anda berdua. Mempunyai penghasilan susu yang terurus (walaupun cukup-cukup makan) pun bagus, ada susu yang banyak dan meriah pun bagus. Yang penting ibu dan baby sihat dan happy.
credit : Blog Cikgu Susu
Jus yang selamat diminum ibu bayi terkena jaundice
Ibu2 yang berpantang, tak perlu risau untuk minum #jusdengatdara sekiranya bayi anda mempunyai jaundice (demam kuning).
Malah jus ini membantu memperbanyakkan susu ibu. Susuilah bayi anda dengan kerap untuk menurunkan jaundice.
#elakjaundice #berpantang #bertenaga #pulihkandalaman
Hubungi lanjut shafiza 012.379.4525
Berjaya hamil setelah 4 tahun menunggu
Tuesday, 29 September 2015
Set sendi dan tulang
- Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh aktiviti yang berat seperti mengangkat berat, postur badan yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betu.
- Berat badan berlebihan.
- Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
- Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
- Penyakit sendi seperti arthritis
- Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit)
- Penyakit tulang
- Ketumbuhan
- Jangkitan kuman
- masalah mental seperti kemurungan, tekanan dsb.
- Penyakit kronik
- Ubat-ubatan
- Pesakit biasanya mengalami bengkak sendi, rasa panas dan sukar untuk digerakkan.
- Aktiviti-aktiviti harian menjadi terbatas seperti mencangkung, melutut, duduk diatas bangku.
- Merasa sakit dan sukar bergerak apabila ingin bangun dari kerusi dan mula berjalan.
- Apabila membuat pemeriksaan doktor didapati sendi menjadi sakit apabila disentuh atau digerakkan. Terasa geseran dan bunyi kasar semasa bergerak. Semua ini menunjukkan kehilangan lapisan rawan pada sendi lutut.
Monday, 21 September 2015
Macam mana nak buat anak kurang menyusu selepas 1 tahun
"Bayi berumur 1 tahun 3 bulan, sekarang kurang menyusu."
"Hasil perahan makin berkurangan."
"Tidak lagi merasa let down reflex semasa menyusu atau memerah."
"Anak tidak berminat untuk menyusu, suka bermain.."
Apakah punca berlaku masalah sebegini?
Penyusuan tidak kerap.
Penyusuan yang tidak kerap atau penyusuan mengikut jam menyebabkan kurangnya demand kepada breast. Bila kurangnya demand kepada breast, breast tidak dikosongkan dengan baik menyebabkan penghasilan susu merudum.
Penggunaan alatan seperti puting kosong (pacifier) yang terlalu kerap juga menyebabkan permintaan bayi untuk menyusu berkurang.
Walaupun anak sudah mencecah usia 1 tahun, penyusuan sepatutnya diteruskan seperti biasa mengikut kehendak bayi. Iaitu pada bila-bila masa sahaja bayi mahukan susu.
Makan dan minum terlalu banyak.
Ibu semestinya merasa sungguh excited apabila bayi cukup 6 bulan. Kerana pada waktu ini, bayi sudah boleh diperkenalkan dengan solid food sebagai pelengkap menu harian si comel. Kebanyakan ibu telah membuat persediaan berbulan-bulan lamanya sebelum bayi mencapai usia tersebut. Harus diingat, pengenalan kepada makanan terlalu awal (kurang dari 6 bulan, kecuali disebabkan masalah kesihatan anak) menyebabkan permintaan kepada susu berkurang dan akibatnya penghasilan susu berkurang juga.
Selain itu, bila sudah diperkenalkan solid food, berikan makanan dan minuman dalam kuantiti yang kecil dulu. Meningkatkan kuantiti makanan kepada bayi dengan terlalu cepat menyebabkan bayi hilang minat untuk menyusu, sebab terlalu kenyang dengan makanan dan minuman yang diberi. Jadi, nasihat saya, introduce kepada bayi secara berperingkat ya.
Mengikut pakar, berikut adalah contoh pemberian makanan kepada bayi secara gradual:
25% makanan pada usia 12 bulan
50% makanan pada usia 18 bulan
80% makanan pada usia 24 bulan
Maka, pada 1 tahun pertama usia bayi, jadikan susu ibu sebagai makanan utamanya. Pemberian makanan pada waktu ini adalah hanya sebagai pengenalan kepada tekstur dan rasa makanan yang berbeza untuk membantu penggunaan motor bayi dan latihan kepada lidah dan perkembangan IQ nya.
Bagi mengelakkan permintaan kepada penyusuan berkurang, susukan bayi dahulu sebelum memberinya makan. Teruskan menyusu seperti biasa walaupun sudah mula menerima solid food dengan baik.
Ibu tukar diet.
Most mommies can't wait to reduce their kilograms after birth. Ada ibu mengambil tindakan drastik dengan mengubah corak dan diet pemakanan supaya berat badan turun dengan cepat. Ini menyebabkan perubahan pada kandungan kalori dalam tubuh ibu lantas menyebabkan penghasilan susu berkurang.
Seorang ibu menyusu memerlukan around 500-700 kalori extra sehari demi memastikan penghasilan susu yang mencukupi. Jadi, instead of tukar diet secara drastik, kaji semula corak pemakanan yang sesuai buat ibu menyusu. Antara contoh menu pemakanan ibu yang mahu kurus ada di sini.
Ubatan / herba.
Kenalpasti penggunaan ubat-ubatan atau herba yang boleh mengurangkan susu apabila diambil. Antara contohnya seperti pil perancang atau herba atau jamu yang tidak sesuai kepada ibu menyusu. Secara tidak langsung ia mengurangkan penghasilan susu ibu.
Teknik menceraikan susu.
Ada ibu yang tidak perasan sebenarnya dia senang mengamalkan teknik menceraikan susu dari anaknya, terutamanya jika terlalu penat setelah seharian bekerja di pejabat, some mothers usually inginkan masa bersendiri. Jadi ibu ini mengamalkan teknik, don't offer, don't refuse.
Teknik ini sebenarnya teknik terbaik menceraikan susu jika anak sudah berusia 2 tahun dan anda berhasrat untuk hamil lagi. Elakkan menggunakan teknik ini terlalu awal jika masih ingin meneruskan penyusuan selama mungkin, apa lagi jika anak yang masih menyusu sepenuhnya belum cukup 2 tahun.
Contoh Penyelesaian:
Antara yang anda boleh lakukan untuk kembalikan kuantiti perahan dan penyusuan yang kerap semula:
1. Offer bayi untuk menyusu sekerap mungkin dan elakkan penggunaan botol susu apabila bersama anda.
2. Monitor kuantiti makanan kepada anak, menyusu dahulu sebelum memberi makanan.
3. Teruskan rutin ibu menyusu seperti biasa, termasuk sesi memerah yang kerap di pejabat dan mengamalkan diet sihat yang seimbang.
4. Jika anak terlalu sibuk bermain sehingga tidak berminat untuk menyusu, wujudkan satu suasana yang sunyi dan nyaman supaya fokusnya tertumpu kepada penyusuan. i.e.: susukan anak dalam bilik yang sunyi.
credit : Blog Cikgu Susu
Sunday, 20 September 2015
'Jimat Korban' Habbasyi oil
HABBASYI OIL jangan lupa makan tau.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
Monday, 14 September 2015
Basic H yang luar biasa
1. Kesan crayon pd pintu rumah
2. Baju terpercik minyak
3. Periuk hitam
4. Kasut sekolah kembali putih
5. Dapur hitam berkarat
6. Pencuci kereta
7. Kuali berkarah
8. Kesan contengan pen ditudung
9. Daki di leher baju
10. Kesan warna luntur
11. Kesan gula getah pada seat kereta/baju
12. Tangan anak melecur kena iron
Wednesday, 9 September 2015
Minum ESP susu badan jadi banyak
Kelebihan ESP Shaklee
Sunday, 6 September 2015
Kelebihan ESP Shaklee
Pelangsingan
Kejelitaan kulit
Keanjalan
Id Shaklee 885212
Saturday, 5 September 2015
Hutang Dhuha
BAB 31 : Hutang Dhuha
Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.
Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya. Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.
Seperti yang tercatat di satu hadis “ Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)
Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).
Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.
Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.
Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.
Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.
Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.
Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :
“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”
Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.
Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian. Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.
Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.
Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.
Bab 31: Hutang Dhuha
❤️Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…
❤️Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain melalui bersolat dhuha
❤️Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?
❤️Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya
Jom mengajak orang lain untuk berdhuha juga😍
Thursday, 3 September 2015
PROMOSI SHAKLEE BULAN SEPTEMBER 2015
Hubungi lanjut shafiza 0123794525
Wednesday, 2 September 2015
Jus Sengat Dara kempiskn perut selepas bersalin.
Perut masih mengelebeh lagi ke?
Jgn risau...minum #jussengatdara ni, perut anda jd kempis dan kemas...
Pm sha 0123794525..
Tuesday, 1 September 2015
Hilangkan gastrik dengan ESP Shaklee
✔Penting dalam pemulihan (elakkan susu).
✔ESP membekalkan protin yang diperbuat dari kacang soya yang memang diketahui umum sebagai tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya.
✔Oleh itu, ia sangat berguna untuk meneutralkan semula keasidan dalam perut yang merupakan punca utama gastrik.
✔Ia juga membantu membina semula sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah lemah dan rosak.
.
.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸.
===================================
Jika berminat boleh hubungi or whatsapp shafiza 012-3794525
===================================
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸