Followers

Wednesday, 28 August 2013

Khasiat Vivix Shaklee


Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Siapa yang memerlukan Vivix? Ya, sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan.

Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil suplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. 

Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan suplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama.

Vivix bertindak dalam 4 cara:

1. Mempertahankan sel (cell defense)

vivix shaklee cell defense

2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)

shaklee vivix cell energy

3. Memperbaiki sel (cell repair)

shaklee  vivix cell repair

4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)

vivix shaklee cell performance



Cara pengambilan :  Dalam bentuk cecair, minum 1 sudu sehari, rasa macam cordial rebina yang pekat.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. 

Jika berminat untuk mendapatkannya boleh hubungi saya :
FB : Noor Shafiza 
HP : 012-3794525
Emel : nshafez@gmail.com

Monday, 19 August 2013

Amalan vitamin semasa mengandung


Seronok dengar kawan-kawan mengandung..Masa saya mengandung dulu xsempat diperkenalkan dengan Shaklee..Lepas bersalin baru saya merasa vitamin Shaklee ini...Kisah pengalaman sahabat saya ini boleh diambil sebagai pengalaman yang amat puas hati...

Vitamin-vitamin yang terbaik semasa mengandung. 

Antara kebaikan vitamin-vitamin ini adalah : 

OsteMatrix - 4 biji sehari 

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. 

Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua. 

Vitamin C - 1 biji sehari 

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. 

Vitamin B Complex - 1 biji sehari 

B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk. 

Vita-Lea Iron Formula - 1 biji sehari 

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Jika anda mempunyai bajet lebih , saya sarankan ambillah ESP.



ESP ni protein. Protein sangat penting untuk perkembangan tubuh badan kita. Protein diperlukan oleh sel untuk membentuk sel baru. Sel yang sihat membantu menjana organ yang sihat seterusnya membantu kelancaran sistem tubuh badan ~ ini ada kaitan dengan keadaan kulit saya masa mengandungkan Rifqi di mana sel kulit lama dah digantikan dgn sel kulit baru. 

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. 

ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. 

Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus. 

Bila dah masuk trimester kedua, boleh amalkan Omega Guard pula.

Omega Guard - 1 biji sehari 

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. 

Jika berminat untuk mendapatkannya boleh hubungi saya :
FB : Noor Shafiza 
HP : 012-3794525
Emel : nshafez@gmail.com

Buasir yang menakutkan!!


BUASIR adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Ia akan menyebabkan luka apabila ada najis keras yang bergesel dengan BUASIR.

Simptom Buasir?

1- Rasa sakit berdenyut-denyut pada bahagian dubur.
2- Rasa gatal pada bahagian dubur
3- Pendarahan selepas dan sebelum membuang air besar
4- Rasa kepanasan pada bahagian dubur
5- Rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri atau duduk terlalu lama

Siapa yang terdedah dengan masalah penyakit Buasir?

  • Cirit-birit yang kronik dan sembelit yang ketara dan kerap
  • Batuk yang teruk
  • Kurang mengambil makanan yang berserat seperti buah-buahan dan sayuran
  • Duduk pada mangkuk tandas terlalu lama
  • Mereka yang berkait rapat dengan masalah kegemukan dan obesiti
  • Wanita dalam pantang yang baru melahirkan anak. Ini kerana tidak menjaga pemakanan sepanjang tempoh berpantang
  • Wanita hamil kerana tekanan pada salur darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan sembelit

Terdapat vitamin yang dicadangkan untuk membantu anda yang mengalami masalah buasir iaitu Ostematrix, Zinc dan juga Omega Guard.

 
Ostematrix - Membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka dibahagian dubur

 
Zinc Complex - Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka dibahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

 
Omega Guard - Baik untuk sendi/otot..pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi Omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

Testimoni Ibu Hamil Buasir;



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. 

Jika berminat untuk mendapatkannya boleh hubungi saya :
FB : Noor Shafiza 
HP : 012-3794525
Emel : nshafez@gmail.com
 

Ostematrix membantu membina tulang anda


Bongkok…

Gejala bongkok ni merupakan proses semulajadi penuaan? Dalam ertikata lain, bila dah tua, automatik akan menjadi bongkok. Benarkah?

Mengikut teori terbaru, proses penuaan tidak berkaitan dengan usia tua. Maknanya usia muda pun boleh mengalami proses penuaan, dan kalau tua pun tak semestinya mengalami proses penuaan.

Bagaimana? Salah satunya ialah membekalkan tubuh dengan nutrien yang diperlukan secukupnya!

Bagi mengatasi masalah bongkok yang juga merupakan salah satu gejala osteoporosis (tulang ‘reput’).. Oh ya kalau dalam iklan TV An**** tu selalu kata yang wanita Malaysia hanya mendapat 50% kalsium harian, dan jisim tulang mula merosot bila kita mula mencedah usia 30 tahun. Mahukah cepat bongkok? Tentu tidak kan?

OK sebelum itu, apakah kalsium ni? Biasa orang kaitkan kalsium dengan tulang, kan? Sakit tulang.. kurang kalsium.. nak kuatkan tulang.. banyakkan makan kalsium.. Sebenarnya, BUKAN KALSIUM SEMATA-MATA yang terlibat dalam pembinaan tulang. Bayangkan macam ni.. 

Kalsium adalah batu-bata dalam proses pembinaan tulang. Bolehkan kita membina bangunan yang kukuh dengan batu-bata sahaja tanpa simen atau mortar untuk melekatkannya antara satu sama lain??? Tak boleh kan? Di sinilah pentingnya mineral lain seperti magnesium, boron, zink, kuprum, mangan vitamin K dan vitamin D.
Memperkenalkan…
ostematrix shaklee
Ostematrix! Bukan sekadar kalsium


  • Ostematrix mengandungi gabungan sempurna “batu bata-dan-mortar untuk membina tulang yang kuat dan sihat.
  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang
  • Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
  • Terbukti secara klinikal
  • OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.
  • Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?
  • Mudah ditelan dan mudah diserap badan


Cara Pengambilan : 4 biji sebelum tidur


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. 

Jika berminat untuk mendapatkannya boleh hubungi saya :
FB : Noor Shafiza 
HP : 012-3794525
Emel : nshafez@gmail.com

Sunday, 18 August 2013

Lecithin bukan sekadar kuruskan badan, ketahui 13 kebaikan Lecithin




Sekarang ni Lecithin menjadi sebutan dalam menguruskan badan, menurunkan kadar kolesterol, memecahkan lemak, dan sebagainya.

Namun, tahukah anda fakta lanjut tentang Lecithin?
Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’ dalam kata ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.

Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin dan yang menariknya Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean.

13 Kebaikan Lecithin yang perlu anda tahu :
lecithin


  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian.Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn.Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan.Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2 ,jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin.
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema.
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan utk membuat BILE. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan.

Testimoni dari Sahabat saya : 

Emma Kartika kongsikan ini:







Wah... hebat kan kesan Lecithin..5kg dalam masa 2 bulan tanpa perlu senaman atau tahan makan. Makan je apa2 pun yg kita rasa nak makan TAPI jangan lupa lepas makan tu amik Lecithin!

Kesannya, dahlah makin mantap. Malah, boleh pakai seluar lama lagi!

Cara pengambilan : 6 bji sehari sebelum makan



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. 

Jika berminat untuk mendapatkannya boleh hubungi saya :
FB : Noor Shafiza 
HP : 012-3794525
Emel : nshafez@gmail.com

Thursday, 15 August 2013

Istimewanya Alfafa Shaklee


Walaupun tiada kajian terperinci dan jurnal perubatan tentang Alfalfa membanyakkan susu ibu, namun ia telah digunakan sejak berzaman di benua Ameria dan Eropah sebagai galactogogue dan juga sebagai herba yang sangat berguna dalam perubatan tradisi.
Alfalfa biasanya dimakan dalam bentuk cambah (sprout) dan daunnya.

Alfalfa Complex Shaklee diperbuat dari daun Alfalfa yang ditanam secara organik.


Antara lain, faedah dan kebaikan Alfalfa Complex Shaklee:-

(+) Menyeimbangkan Hormon - Alfalfa mengandungi bahan-bahan seperti isoflavon dan coumestans, yang mengikat reseptor estrogen dalam badan. Bila tahap estrogen rendah, alfalfa yang menyerupai estrogen ‘menyamar’ sebagai estrogen dan meningkatkan aktiviti estrogenik. Bila tahap estrogen dalam badan terlalu tinggi, estrogen dalam alfalfa bergabung dengan reseptor tadi, menafikan ruang untuk estrogen asal, sekali gus mengurangkan aktiviti estrogenik.

(+) Merendahkan kolesterol – Alfalfa mengandungi saponin yang menyerap kolesterol dan mengelakkan ia daripada diserap oleh tubuh.

(+) Masalah penghadaman – Alfalfa telah digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk mengatasi masalah penghadaman
Banyak lagi kebaikan Alfalfa, maklumlah ia dikenali sebagai ‘raja segala tumbuhan’ pasti mantap kebaikannya untuk manusia sejagat.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

  1. Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
  2. Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
  3. Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
  4. Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
  5. Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
  6. Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.


Mineral yang ditemui dalam Alfalfa:

  • Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
  • Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
  • Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
  • Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
  • Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
  • Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
  • Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.


Cara pengambilan : tidak lebih dari 10 bji sehari (maknaya blh mkn 2 bji sehari je ke. Kalau nak cepat berkesan makan 3 bji pagi petang dan malam.Tapi kena minum bayak air)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. 

Jika berminat untuk mendapatkannya boleh hubungi saya :
FB : Noor Shafiza 
HP : 012-3794525
Emel : nshafez@gmail.com

Wednesday, 14 August 2013

Apa itu GLA Complex

Apa itu GLA?
Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linoleic acid kepada GLA. Jadi, Shaklee memudahkan anda. Shaklee telah pun mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan.

GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.
Khasiat dan faedah GLA Complex Shaklee
Apa pula prostaglandin?
Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah
Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Siapa yang perlukannya :
  • Wanita yang menghadapi PMS
  • Mereka yang menghadapi kencing manis
  • Mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan
  • pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
  • Mereka yang menghidap diabetes
  • Period yang tidak teratur
  • Mereka yang mahu mencantikkan kulit

Cara pengambilan : Ambil 2 biji sehari lepas makan. (sila ambil vit e dan GLA Complex Shaklee secara berasingan – contoh GLA pagi dan vitamin e malam- kerana di dalam GLA terdapat juga vitamin e tetapi dalam kandungan yang sedikit

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. 

Jika berminat untuk mendapatkannya boleh hubungi saya :
FB : Noor Shafiza 
HP : 012-3794525
Emel : nshafez@gmail.com
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget