Saya juga pernah mengalami masalah anak selsema dan batuk. Sekirangya kita bawa anak yang bawah umur setahun ke klinik, memang doktor tak akan bagi ubat untuk sebaya itu. Paling tidak pun ubat titik hidung.
Saya telah cuba beberapa petua untuk mengurangkan selsema dan batuk. Anda juga boleh membuatnya sendiri di rumah.
Petua 1
Minyak bawang putih. Petua ni saya ada terbaca di facebook group. Memang menjadi tapi kena buat tiap hari. Sapu pada tapak kaki, dada dan belakang bayi anda. Memang berbau bawang putihlh.
KHASIAT BAWANG PUTIH
Mengurangkan Risiko Kanser . Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.
Bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus . Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Mengandungi Iodin . Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.
Petua 2
Kunyit hidup : Kunyit hidup ni dapat petua dari kawan opis saya. Potong kunyit hidup..titikkn kunyit tu (ambik pisau cucuk2 kunyit tu bagi kuar air) pastu sapukan pada hidung bayi anda. Kunyit hidup ni bertujuan untuk mengeringkan selsema agar bayi anda dapat bernafas dengan elok.
Petua 3
Hirisan lemon : Hiris lemon nipis2 dan masukkan dalam besen mandian dia. Mandikan anak menggunakan air hirisan lemon tu. Insyallah hingus akan keluar ketika mandikan anak. Ni petua dari pengalaman kawan opis saya gak.
atau :
Campurkan hirisan lemon, bawang putih & minyak zaitun komersial (mengandungi Vit A, C, E). Ramas campuran hingga mengeluarkan bau yg segar. Gunakan minyak ini untuk mengurut bahagian tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain tubuh anak2. Ia bagi merawat/mengurangkan demam selsema yg sgt mudah menjangkiti kita terutama bayi dan kanak2. Usaha ini bolehlah dilakukan di samping memberi ubat-ubatan yg bersesuaian apabila anak2 dijangkiti demam selsema. Selamat mencuba ibu2
Petua 4
Bawang merah :Potong bawang merah kepada 2 dan letakkan di tepi bantal anak, buat selama 3 hari berturut. Bawang akan meng'absorb' semua virus2 di udara. Bawang yang terdedah tadi jangan di gunakan didalam makanan kerana dikuatiri memudaratkan.
No comments:
Post a Comment