Jika mengetahui 1001 manfaat Alfalfa Complex Shaklee, ramai yang teruja untuk mencuba. Namun bukan semua dapat merasa manfaat dan kelebihan Alfalfa Complex.
Alfalfa Complex merbahaya dan tidak boleh diamalkan oleh sesetengah individu. Hari ini saya ingin menyenaraikan individu yang tidak boleh mengamalkan Alfalfa Complex, melainkan atas nasihat pakar perubatan terlatih.
Siapa dan Kenapa Tidak Boleh Amalkan Alfalfa Complex?
1. Pesakit auto-immune seperti SLE, Rheumatoid Arthritis (RA), Multiple Sclerosis (MS) dll
Pesakit auto imun telah sedia ada mempunyai sistem imun yang aktif. Alfalfa boleh meningkatkan sistem imunisasi badan, dan ini menyebabkan simptom-simptom penyakit tersebut menjadi semakin teruk.
2. Ibu hamil
Alfalfa mengandungi phytoestrogen yang boleh menyebabkan kontraksi uterus. Kontraksi ini boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang (bayi lahir tidak cukup bulan).
*Ibu hamil yang mengalami masalah keputihan serius boleh mengambil Alfalfa Complex pada dos yang rendah (1 tab sehari)
3. Penyakit hormone-sensitive seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser ovari, endometriosis, fibroid dan cyst. Phytoestrogen dalam alfalfa bertindak seperti hormon estrogen. Ia boleh memburukkan penyakit-penyakit yang sensitif terhadap hormon estrogen ini.
4. Pesakit diabetes yang mengambil ubat OHA/insulin
Salah satu fungsi Alfalfa adalah menurunkan gula dalam darah. Jadi, pesakit diabetes yang sedang mengambil ubat kebiasaanya akan dinasihatkan supaya memantau paras gula dalam darah mereka agar dos ubat dapat disesuaikan dengan keperluannya. Jika paras gula terlalu rendah, pesakit boleh mendapat hypoglycaemic attack atau boleh koma.
5. Penerima organ transplant
Alfalfa meningkatkan sistem imun badan dan akan mengurangkan kadar keberkesanan ubat anti-transplant rejection (cyclosporine, steroid) dan sekaligus boleh menyebabkan badan menolak organ yang diterima (transplant-rejection).
Jika anda tidak tergolong dalam kategori di atas, teruskan amalan anda mengambil Alfalfa Complex.
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas daripada saya!
* * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.
Saya membuat penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.
Sertai saya dan dapatkan peluang ini sekarang. Maklumat lanjut hubungi saya dibawah :
No comments:
Post a Comment