- Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.
- Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah.
- Bersihkan wajah dengan sempurna setiap kali selepas mengunakan mekap.
- Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.
- Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.
- Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.
- Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.
- Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.
- Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih.
- Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
- Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang badan, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.
- Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.
- Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.
- Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
- Amalkan supplement tambahan semulajadi.
Monday, 9 March 2015
Tips bebas jerawat
Labels:
Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment