Ramai yang tidak tahu, punca-punca kenapa tidak subur dan sukar dapat anak. Menurut web natural-fertility-info.com, ada 10 sebab utama kenapa pasangan tidak subur atau sukar dapat anak.
Sebab #1 : Kecelaruan Ovulasi
Ovulasi tu adalah proses ovari keluarkan telur untuk disenyawakan. Ia berlaku sebulan sekali. Ovulasi berlaku 2 minggu sebelum period biasanya.
Biasanya ia berlaku pada hari ke 14 jika kiraan normal. Atas nama lain, bila ovulasi tak stabil dan celaru, maka bilangan hari period jadi tak normal. Ada yang period beberapa hari aje, ada pula yang lama sampai berbulan-bulan. Normal cycle adalah 28 hari.
Hormon yang tak stabil adalah punca utama berlakunya ovulasi yang tak betul dan tak normal ni.
- Telur tak sihat
- ada masalah pada kelenjar endokrin
- kurang nutrisi
- stress
- Xenohormones
- Gaya hidup yang tak sihat
- Kurang berat badan
- Obesiti
- Penggunaan ubatan yang mempunyai hormon, contoh pil perancang
- masalah genetik
Sebab #2 : Bilangan Sperma yang Kurang
Menurut doktor, bilangan sperma yang sihat adalah 20 juta dalam satu mL. Kurang daripada jumlah itu termasuk dalam sebab tidak subur kerana bilangan sperma yang kurang.
- Gaya hidup tidak sihat - merokok, pemakanan tidak terjaga, stress, pencemaran, masalah pakaian yang ketat
- antibodi yang anti-sperma
- masalah genetik
- organ peranakan yang rosak
- Sakit contohnya sedang membuat kemoterapi barah
Sebab #3: Sperma tidak sihat
Sperma yang tidak sihat adalah termasuk motility (gerakan sperma, ekornya) dan morphology (bentuk sperma dan DNA). 25% kes ketidaksuburan adalah disebabkan sperma yang tidak sihat.
Sebab ini lebih kurang sama dengan sebab kurang sperma walaupun tidak semua lelaki yang kurang bilangan sperma mengalami sperma yang tidak sihat dan sebaliknya.
Sebab #4: Tiub Fallopio Tersumbat
Tiub fallopio adalah laluan membawa telur dari ovari ke uterus, jika ia tersumbat, telur tidak boleh keluar.
- Penyakit Inflamasi Pelvik (PID)
- Endometriosis
- Fibroid
- Mengandung Luar Rahim
25% daripada kes ketidaksuburan adalah disebabkan tiub fallopio yang tersumbat
Sebab #5: Endometriosis
Endometriosis adalah lebihan salutan endometrium pada uterus yang biasanya membesar bagi persediaan penerimaan telur yang disenyawakan, tetapi tidak keluar habis ketika period. Bila ia melekat pada bahagian badan yang lain dan kadang-kadang berlaku berdarahan di tempat tersebut.
35-50% ketidaksuburan pada wanita adalah disebabkan oleh endometriosis. Ia adalah 2 - 3 kali ganda dari kadar ketidaksuburan dalam masyarakat kita.
Sebab #6: Polysystic Ovary Syndrome (PCOS)
Sindrom ini terjadi adalah dari hormon badan yang tidak stabil. Bila hormon tak stabil, kitaran period terganggu, berat badan bertambah, kerintangan insulin meningkat, masalah kulit, cysts kecil di ovari dan hirsutism (lebihan bulu pada badan/rambut gugur). Tidak semua wanita yang dikesan ada PCOS ada semua simptom, ada yg ada 2 - 3 simptom sahaja. Ia dikesan dialami oleh 4-18% wanita.
Sebab #7: Telur yang tak sihat
Ada banyak faktor yang memberi kesan kepada kesihatan ovari dan telurtermasuk faktor persekitaran, hormon, stress, cara hidup dan penuaan.
Nota penting: Masalah bilangan folikel yang rendah dengan telur yang tidak sihat sebelum umur 40 mungkin tanda Kegagalan Ovarian Pramatang /Premature Ovarian Failure (POF)
Berikut adalah sebab-sebab telur menjadi tidak sihat.
- Gaya hidup yang tidak sihat - merokok, tak jaga makan, stress, pencemaran
- Hormon tidak seimbang
- Genetik
- Organ peranakan yang rosak
- Sakit seperti menjalani kemoterapi kerana barah
- Kecelaruan auto-immune
- Penuaan
Sebab #8 Antibodi yang anti-sperma.
Ada kes berlaku tindakbalas disebabkan air mani. Ia mungkin boleh terjadi pada wanita dan lelaki. Antibodi terbentuk secara automatik oleh sistem imun badan yang boleh bunuh sperma. Bila antibodi ini banyak dalam badan, sperma susah nak sampai ke telur, peluang telur disenyawakan sangat tipis. Antibodi ni pun boleh bertindak kepada sperma yang berjaya mensenyawakan telur, maka berlaku keguguran.
Badan seorang lelaki boleh menghasilkan antibodi yang anti-sperma ini bila sperma ini bersentuh dengan sel imun badan mereka. Ia berlaku bila testikel luka seperti lepas pembedahan atau ada jangkitan pada kelenjar prostat. Testikel lindungi sperma dari sel imun, bila ia luka, sperma boleh mati. Lebih 70% lelaki yang mengalami vasektomi akan membentuk antibodi ini.
Sesetengah wanita ada tindakan alahan/alergi kepada sperma pasangannya. Ia mengaktifkan sistem imun badan untuk menghasilkan antibodi yang anti-sperma yang serang sperma pasangan. Antara kes yang wujud adalah apabila tisu vagina terkena sperma dan timbul ruam atau kesakitan sebabkan oleh alahan itu.
Vas Deferens tersumbat juga dikenali epididymis yang tersumbat. Vas Deferens ni adalah tiub yang bawa sperma yang subur. Salur Varicose pada testikel adalah punca utama ia tersumbat. Penyakit kelamin juga boleh menyebabkan ia tersumbat.
Sebab #10 Ketidaksuburan Bergabung / Ketidaksuburan yang tak dapat dikenalpasti.
Ada pasangan yang mempunyai masalah lebih dari 1 punca. 20-30% kes tidak subur / sukar dapat anak adalah disebabkan beberapa kes yang bergabung. 15% pasangan yang diperiksa juga ada yang mengalami punca ketidaksuburan yang tak dapat dikenalpasti. Kedua-dua pasangan disahkan normal tetapi masih tidak dapat hamil.
sumber : http://natural-fertility-info.com
Untuk menstabilkan dan memperbaiki masalah hormon dalam badan, anda perlukan suplement yang sesuai untuk anda.Memperkenalkan Jus Sengat Dara (wanita) dan Jus Hangat Teruna (lelaki) yang dirumuskan dari herba pilihan semulajadi yang hebat. Ikuti testimoni2 hebat di sini atau di page FB Like Jus Sengat Dara Putrajaya .
No comments:
Post a Comment