Ramadhan dah dekat. Pasti ramai yang sedang mencari buah kurma untuk hidangan sahur dan berbuka nanti. Saya pun sangat sukakan buah kurma tapi tak sangka biji dia pun ada kegunaannya. Haaa....lepas ni bila makan kurma jangan buang bijinya. Kenapa ? Saya ada terbaca di Facebook, biji kurma boleh buat kopi. Ermmm...macam mana rasanya yer...saya pun belum penah try lagi.
Anda boleh mencuba di rumah nanti. Saya kongsikan info ini dengan anda.
Cara - cara memproses biji kurma :
1. Basuh biji kurma dan tos kering.
2. Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian
3. Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam. Pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi!
4. Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras)
5. Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama
Kebaikan kurma ini adalah :
1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum.
2) Seperti dikongsi Fadillah Nur beliau menggunakan serbuk biji kopi untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut.
3) Digunakan sebagai scrub badan .Gabungan scrub biji kurma dengan #pevoo dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? yes and safe!
4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin PEVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!
Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia
Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH
terimakasih banyak, sangat membantu sekali...
ReplyDelete