- sekadar hiasan -
1) Berbincang dan bersepakat dengan suami.
Ini sangat penting. Percayalah, kita tak boleh buat semua sendiri.
Terimalah hakikat bahawa kita perlu juga ada seseorang yang membantu kita. At least, bantu ambil barang, mandikan bayi, bakarkan tungku dan lain-lain.
Jika suami berkerja (bukan berkerja sendiri), minta suami ambil cuti tahunan untuk seminggu bagi memberi ruang kepada diri kita membiasakan diri untuk buat kerja-kerja dalam pantang sendiri.
2) Mental perlu kuat. Hati mahu tenang.
Berpantang sendiri perlu kekuatan mental. Jika jiwa kita resah dan serabut dalam waktu berpantang kerana risau melihat rumah tidak terurus dengan baik, ia akan mengganggu pengeluaran susu badan (minggu pertama dan kedua paling kritikal menyusu bayi dengan kerap untuk elak bayi demam kuning) kerana jika tidak boleh kontrol, boleh mengakibatkan kita terkena penyakit MEROYAN.
Minta bantuan suami membuat kerja-kerja rumah (tapi jangan harapkan sesempurna seperti kita yang lakukan) atau boleh juga cari PART TIME MAID untuk membantu kita uruskan rumah.
3) Booking siap-siap tukang urut atau Confinement Lady
Jika tidak di booking siap-siap, bimbang bila kita perlukan mereka ini tidak 'available'.
Almaklumlah, bukan kita seorang yang bersalin.
Walaupun bersalin secara pembedahan, kita perlu juga berurut supaya darah dalam badan berjalan lancar dan menghangatkan badan, susu badan keluar dengan lancar dan juga mengelakkan badan masuk angin.
Walaupun bersalin secara pembedahan, kita perlu juga berurut supaya darah dalam badan berjalan lancar dan menghangatkan badan, susu badan keluar dengan lancar dan juga mengelakkan badan masuk angin.
Seeloknya 3 hari selepas bersalin sudah panggil makcik tukang urut. Elakkan berurut di bahagian pembedahan (biasa tukang urut tahu).
4) Persiapan barangan bayi :
Tidak perlu membeli barang bayi terlalu banyak. Cukup beli yang 'basic' dan penting dahulu seperti:
a) Baju lengan panjang, lengan pendek dan baju berlubang. Semuanya TANPA SELUAR. Seluar tak payah beli dulu kerana masa ni bayi pakai 'diapers' dan berbengkung.
b) Sarung tangan /sarung kaki
c) Selimut bayi. Kalo boleh yang ada hood. Senang sarung bila bawa bayi keluar ke klinik untuk elakkan kepala bayi masuk angin.
d) Tilam dan bantal bayi. Kalau boleh cari bantal yang berlekuk tengah supaya kepala bayi boleh 'centre'. Tips: selalu betulkan kepala bayi jika bayi tidur lama dengan kepala mengiring terlalu lama disebelah kanan atau kiri.
e) Toiletries bayi dan minyak telon.
f) Diapers New Born
5) Persiapan keperluan Ibu :
a) Tungku / Hot Water Bottle. Untuk awal-awal bersalin, bertungku dahulu di betis, di tapak kaki untuk elakkan angin masuk.
b) Bengkung. Bukan bengkung yang ikat-bertali tu tau. Bengkung yang zip zap. Sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan pakai. Bengkung ini juga boleh dibasuh mesin dan ada saiz mengikut saiz badan kita. (Keterangan lanjut boleh PM admin)
c) Maternity pad untuk darah nifas. Jangan hairan apabila darah nifas ibu yang bersalin secara pembedahan tidak banyak keluar. Ini kerana semasa proses pembedahan, darah nifas sudah disedut/dipam keluar.
d) Pengering rambut. Untuk memudahkan ibu-ibu mengeringkan tempat luka bersalin selepas mandi.
e) Suplimen. Admin mencadangkan ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan untuk terus mengambil Jus Sengat Dara sebagai pengganti jamu. Jus ini tidak panas dan memberi banyak khasiat yang diperlukan oleh ibu-ibu berpantang. Antara khasiatnya adalah membantu membanyakkan susu ibu (mengelakkan baby demam kuning), membantu cepat baik luka bersalin dan juga melancarkan darah nifas juga memberi tenaga tambahan kepada ibu (Keterangan lanjut boleh PM admin).
**Daripada pengalaman Kak Ida Sengat wink emoticon
Nak jus Sengat Dara boleh whtsup saya 012-3794525
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips persediaan sebelum bersalin untuk ibu hamil anak pertama.
ReplyDelete