Followers

Tuesday, 26 May 2015

9 Petua Banyakkan Air Susu Ibu Secara 100% Semulajadi

Air susu ibu yang banyak pastilah menjadi keinginan semua ibu yang mempunyai bayi. Berikut merupakan petua untuk perbanyakkan air susu ibu dan dijamin 100% semulajadi.

1. Daun bunga melur dan daun pucuk manis
Gilingkan daun bunga melur atau pucuk manis hingga halus dan tampal di keliling payudara di pagi hari. Jangan lupa cucikan bersih sebelum susukan bayi.

2. Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi protein, zat besi, vitamin E, kalcium, vitamin B dan fosforus yang tinggi. Ianya sangat baik untuk penghasilan susu ibu. Digalakkan mengambil kacang tanah bersama-sama susu kambing.

3. Longan kering
Ambil segenggam longan kering, basuh dan rebus bersama 3 cawan air hingga kembang. Jadikan minuman harian.

4. Daun Sirih
Ratakan minyak kelapa ke atas daun sirih, layurkan atas api kecil hingga layu. Dan, tunggu sejuk sedikit dan tuam di bahagian payudara.

5. Halba dan jintan hitam
Bersihkan dahulu, kemudian ambil 1 sudu halba atau jintan hitam, tuang air panas dan rendamkan seketika. Kemudian, tapis dan minum airnya.

6. Susu
Jadikan rutin, minum susu sebanyak 3 atau 4 hidangan dalam sehari.

7. Lobak putih
Kisarkan dan minum airnya. Atau, masak seprti sayur air atau sayur lemak dan makan dengan nasi panas.

8. Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas berlaukkan halia muda yang ditumbuk dan dicampurkan sedikit dengan air asam.

9. Daun betik muda
Pilih daun yang muda, kemudian basuh bersih dan rebus. Setelah sejuk, minum airnya 2 hingga 3 kali sehari.

Mungkin tidak semua petua yang dikongsikan di atas ini serasi dengan badan si ibu, jadi ibu2 perlu 'try and error'. 

Walaubagaimana pun, jika ibu2  hanya mengambil atau mengamalkan cara traditional untuk banyakkan air susu ibu, TETAPI konsep 'supply dan demand' tidak dipenuhi, maka proses penghasilan susu akan terganggu seterusnya mengurangkan jumlah susu yang terhasil.

Paling penting, susukan bayi sekerap mungkin ~ 2 jam sekali. Jika sudah mula bekerja pamlah sekerapkan mungkin secara konsisten. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Ingat, jika anda 'skip' sesi mengepam, ianya akan menyebabkan susu badan akan semakin berkurangan. Dan carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum memulakan penyusuan ibu.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu2 dan si bayi.

P/S : Satu lagi untuk memperbanyakkan susu ibu adalah Habbatus sauda. Sekarang dah ada dalam bentuk kapsul yang dipanggil Habbasyi Oil. Ramai ibu2 yang telah mencuba Habbasyi oil ini dan sememangnya telah menjadi amalan serta kesanya boleh dilihat dalam masa 3 HARI ! Tak percaya? Cubalah.


Dapatkan dari saya : 012-3794525


No comments:

Post a Comment

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget