Ramai menganggap menceritakan
mengenai masalah alat sulit atau alat kelamin kepada orang lain sesuatu yang
tabu atau memalukan. Akibatnya ramai wanita mengambil sikap berdiam diri
apabila berhadapan masalah ini kerana tidak mahu diketahui orang lain.
Hakikatnya pada zaman sains dan
teknologi ini, hal berkaitan masalah membabitkan kawasan paling sensitif bagi
wanita tidak sepatutnya disembunyikan. Dalam kehidupan mereka, penjagaan
alat sulit dianggap penting kerana berkait rapat dengan perkara yang
berlaku kepada hampir semua wanita seperti pengeluaran darah haid serta
hubungan seksual dan kehamilan bagi wanita yang sudah mendirikan rumah tangga. Alat
sulit yang tidak dijaga sepenuhnya akan menyebabkan jangkitan kuman yang
menjadi punca kepada masalah keputihan serta penyakit berkaitan seksual.
Menurut pakar sakit puan
hospital pakar kpj tawakal, dr jaafar yaakob, keputihan adalah masalah normal
yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau
sebaliknya.
Ini berlaku kerana bahagian alat
sulit wanita sangat sensitif pada perubahan persekitaran terutama keasidan
dan kealkalian.
Justeru, setiap perubahan sama ada
disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria, virus dan kulat, penggunaan
produk pembersih atau persekitaran akan menyebabkan ketidakselesaan, gatal atau
mengeluarkan keputihan yang tidak normal serta berbau.
“keputihan adalah cairan atau
lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Ada
keputihan yang normal dan ada yang tidak normal serta memerlukan rawatan
selanjutnya,” katanya.
Menurut dr jaafar, pengeluaran
cairan atau lendir pada kelenjar mulut vagina (faraj) dipengaruhi rangsangan
berahi. Oleh kerana itu lendir ini akan meningkat jumlahnya dalam keadaan
terangsang dan pada waktu berlakunya persetubuhan.
Pengeluaran cairan pada selaput
liang vagina dan rongga rahim dipengaruhi oleh hormon. Oleh itu lendir ini akan
meningkat jumlahnya sebelum dan sesudah haid atau sewaktu menghampiri waktu
subur. Pada peringkat menopaus, pengeluaran cairan atau lendir ini akan
berkurang.
“dalam kes normal, cairan atau
lendir daripada ketiga-tiga sumber ini berwarna jernih, tidak berbau dan
tidak diiringi rasa gatal. Kadangkala cairan ini boleh keluar dengan banyak,
tetapi tetap jernih. Ini banyak berlaku kepada semua wanita yang menghampiri waktu
subur, sebelum atau sesudah datang bulan,” katanya.
Selain itu, cairan normal ini juga
boleh berlaku kepada wanita yang sedang mengalami gangguan jiwa seperti bersedih
atau gembira, wanita hamil, wanita yang mengambil pil perancang keluarga,
wanita yang sedang dalam rawatan menggunakan ubat hormon malah bayi perempuan
di antara umur satu hingga 10 hari boleh menghasilkan cairan daripada vaginanya
akibat pengaruh hormon yang dihasilkan oleh plasenta atau uri.
“wanita yang mengalami semua tanda
di atas tidak perlu risau kerana ini adalah perkara biasa asalkan keputihan
dialami tidak menyebabkan rasa tidak selesa atau gatal. Untuk mengenali
keputihan yang tidak normal, biasanya cairan yang keluar bersifat putih
pekat, kelihatan seperti nanah, sering berbau busuk serta diiringi rasa gatal
pada sekeliling faraj,” katanya yang menolak dakwaan keputihan disebabkan
faktor pemakanan.
Dr jaafar menjelaskan, keputihan
biasa berlaku disebabkan jangkitan bakteria dan kulat. Keputihan
disebabkan jangkitan bakteria akan berwarna kuning, berbau hamis dan gatal
pada kemaluan. Keputihan yang disebabkan jangkitan kulat pula
berwarna susu bergumpal, berbau masam, rasa gatal dan kemaluan akan membengkak
dan merah.
Katanya, keputihan kerap berlaku
kepada wanita hamil, namun tidak berbahaya kerana disebabkan faktor psikologi
saja. Apabila sudah melahirkan anak, masalah ini hilang dengan sendirinya.
“namun, jangan diabaikan jika
keputihan yang anda alami berada pada tahap kritikal kerana akan menyebabkan
kelahiran bayi pramatang manakala kuman betahemolytic staph aureus akan
menjejaskan kesihatan bayi. Bagi wanita yang belum berkahwin, keputihan akan
menyebabkan mereka sukar mendapat anak, gangguan haid, kesakitan serta
ketidakselesaan ketika ‘bersama’,” katanya lagi.
Menurut dr jaafar, keputihan yang
tidak normal boleh dielakkan jika wanita mengamalkan penjagaan kebersihan alat
sulit terutama ketika haid.
“ketika haid, wanita
dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari yang
banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah medium yang sesuai untuk kuman
membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk
menukarnya selalu,” katanya.
Selain itu, elakkan menyabun
atau menyapu gel pembersih pada alat kelamin kerana ini mungkin
menyebabkan kekeringan, radang kulit dan gatal. Sesetengah wanita sensitif dan
alah pada pewangi dalam buih sabun.
Pasangan suami isteri pula
digalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan
seks untuk kebersihan yang optimum, begitu juga selepas membuang air kecil serta
besar.
Amalan melakukan
douching iaitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan
membersihkan bahagian dalam faraj adalah tidak baik dan boleh menyebabkan punca
keputihan.
“ini kerana perbuatan ini akan
menyingkirkan sejenis bakteria baik iaitu lactobacilli dari faraj di samping
mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh
mengakibatkan masalah kulit,” ujarnya.
Katanya, pemakaian pakaian dalam
jenis sintetik yang terlalu ketat akan menambahkan lagi masalah keputihan. Ini
kerana fabrik jenis ini akan menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara
pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.
Sebaiknya pakai pakaian dalam jenis
kapas dan menukar setiap hari dan lebih kerap pada hari mengalami keputihan.
Seeloknya pakai pelapik seluar dalam supaya tidak melekat pada pakaian dalam
yang menyebabkan ketidakselesaan. Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan
yang serius, biasanya rawatan diberikan mengikut jenis kuman pada cairan
vagina. Selepas itu doktor akan memberikan antibiotik bagi mengawalnya.
“namun begitu, seelok-eloknya
wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doktor untuk
mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat
diberikan sebelum penyakit serius,” jelasnya. – hm (13/12/2010)
Anda tidak perlu bimbang. Atasi
masalah keputihan anda dengan jus sengat dara. Jus sengat dara direka khas
untuk wanita yang mempunyai masalah dalaman dan mempunyai15 herba pilihan
semulajadi. Salah satu kandungan nya adalah habatus sauda yang berfungsi
merawat keputihan, memperbaiki sistem imunisasi badan serta menstabilkan
kandungan kolestrol dalam darah. Ramai yang telah berpuas hati dengan hasilnya
dan anda juga boleh melihat testimoni DISINI.
Apa tunggu lagi!
Rawatlah keputihan anda dengan Jus
Sengat Dara!!
Dapatkan sekarang dengan harga
istimewa daripada saya.
Pm/whatsup 012-3794525
No comments:
Post a Comment