Thursday, 19 November 2015
12 Langkah Mudahkan Proses Bersalin
Sunday, 8 November 2015
Punca Jeragat dan cara mengatasinya
- Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama lim minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih
- Ambil segenggam beras, rendamkan ke dalam air selama sejam. Toskan beras tadi dan tumbuk bersama sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji telur. Kemudian sapukan di seluruh muka sebagai masker. Biarkan hingga kering dan bilaskan dengan air suam untuk mengekalkan kelembapan kulit. Lakukan setiap hari.
- Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
- Ambil beberapa helai daun sirih muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
- Ambil satu sudu susu tepung dan gaulkan dengan perahan limau nipis sehingga menjadi pes. Sapukan ke seluruh muka sebagai masker. Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air suam.
- Ambil sedikit daun betik, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok seperti scrub dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
- Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.
credit : http://www.wom.my/kecantikan/punca-jeragat-cara-atasinya/
Saturday, 7 November 2015
2 jenis toksin dalam badan dan cara mengatasinya
Salam ibu2.
Badan rasa lemau tak bermaya?
Pembuangan air besar tidak lawas?
Nak tahu tak apa yang menyebabkan 2 situasi tersebut terjadi pada tubuh kita.
Ianya disebabkan oleh:
+ toksin banyak dalam tubuh
Toksin adalah bahan beracun yang ada dalam tubuh badan manusia.
Ada 2 jenis toksin. Iaitu:
1) Toksin luaran
Toksin jenis ini terhasil melalui makanan yang diproses seperti burger , makanan yang mengandungi bahan pengawet, makanan yang dipanggang, makanan yang mengandungi racun kimia serta racun serangga, penggunaan kosmetik, bahan kimia dalam sabun basuh , bahan peluntur , bahan pewarna, ubatan kimia, merokok , minum arak
2) Jenis toksin kedua pula dikenali sebagai toksin dalaman.
Toksin ini berpunca dari gangguan emosi , stress, rasa malas, badan lemau dan kotoran yang tersumbat dalam usus .
-------
Bagaimana mahu toksin keluar dari tubuh secara semulajadi?
+ Minum air detox
+ #JusSengatDara + air putih
Cubalah hari ini!
Jangan sayang utk keluarkan toksin dalam badan tu... ;)
Whatsup sha 012.3794525
Punca Sakit tumit dan cara mengatasinya
Kajian mendapati bahawa, secara puratanya 1 daripada 5 individu mengalami sakit tumit. Sakit kaki yang agak kronik juga memberi kesan negatif kepada kualiti kehidupan. Aktiviti setiap hari juga mudah terganggu bila kita sakit sakit kaki ni. Nak berjalan dalam rumah susah jika kaki sakit.
Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan sakit tumit ini ialah :-
> berat badan berlebihan
> faktor umur yang semakin meningkat
> perubahan sistem saraf, otot & struktur tulang kaki
> orang yang ada sakit-sakit sendi lutut atau peha
> saiz kasut yang lebih kecil daripada saiz kaki
> bentuk kasut yang tidak sesuai
> menggunakan kasut tumit tinggi dalam jangka masa yang lama
Banyak juga punca-punca sakit tumit ni. Kadang-kadang, kita tak perasan pun apa yang kita lakukan tu bakal menyebabkan sakit tumit yang berpanjangan.
Berikut merupakan antara fakta daripada Majalah I-Sihat keluaran September 2014.
Sakit tumit boleh disebabkan oleh kerosakan kepada tisu otot, tendon, tulang kaki serta saraf. Antara penyakit tersebut ialah plantar fasciitis, keretakan tulang calcaneum, penyakit gout, kerosakan saraf samaada di bahagian kaki atau saraf tunjang di pinggang dan pertumbuhan tulang yang tidak normal di bahagian tumit (heel spur).Radang pada tendon yang menyambungkan otot dan tulang seperti Achilles Tendon di bekalang tumit juga boleh menyebabkan sakit tumit.Sakit tumit juga boleh disebabkan oleh saraf kaki yang terhimpit oleh struktur kaki iaitu flexor retinaculum. Ini menyebabkan tekanan pada saraf yang seterusnya menyebabkan sakit yang berpanjangan.
Jadi, mereka yang mengalami sakit kaki dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti penyebab sakit tumit tersebut. Doktor akan memeriksa kaki anda dengan teliti iaitu, sistem saraf, arteri iaitu pembuluh darah di kaki, tendon serta struktur tulang.
Doktor juga mungkin akan melakukan pemeriksaan x-ray di bahagian kaki tumit, serta ultrasound ataupun MRI sekiranya perlu bergantung kepada penyebab sakit tumit tersebut.
Gambar Hiasan : Dato' Lee Chong Wei sedang melakukan ujian MRI di bahagian kaki
Antara rawatan yang sesuai untuk sakit tumit ini bergantung pada penyebab penyakit tersebut. Antara yang boleh diamalkan :-
★ berehat atau mengurangkan aktiviti berjalan
★ pengambilan ubat anti radang
★ ubat tahan sakit
★ senaman khas yang diberikan oleh ahli fisioterapi
★ mengamalkan supplimen Jus Sengat Dara
★ menggunakan pelapik tapak
Biarpun begitu, mencegah adalah perkara yang terbaik dilakukan oleh semua orang daripada merawat. Jadi, cegah sebelum parah..
Monday, 2 November 2015
Berat badan turun dengan Jus Sengat Dara
Assalamualaikum / Selamat pagi puan😊
Sihat?
Berat badan dah turun lepas bersalin?
Baru ni, kami ada buat SURVEY untuk tips favourite. Tak sangka plak, ramai mommies mahukan tips untuk kurus 😉😉
Hari ni, saya nak SHARE 👇👇👇
11 Amalan Diet Untuk Kurangkan berat badan selepas bersalin.
1. Amalkan makan bijiran, oat
2. Minum yogurt
3. Minum green tea
4. Makan mengikut jumlah kalori diperlukan selalu.
5. Menari @ gerakan badan tiap malam
6. Makan buah-buahan segar .
7. Eat healthy foods only
8. Kena ingat kita makan bukan untuk kepuasan tetapi makan untuk sihat.
9. Bangun awal pagi dan jangan skip breakfast walaupun kita tak rasa lapar.
10. Elakkan atau kurangkan makanan fast food. fast food la pembawa kegemukkan.
11. Amalkan #JusSengatDara untuk kekal bertenaga
Boleh amalkan ?
Dibawah ni saya share komen pengguna jus yang BERJAYA turunkan berat badan. 👇👇👇
Sunday, 1 November 2015
PIL PERANCANG UNTUK IBU MENYUSU
Ada ibu bertanya, apakah pil perancang yang sesuai kepada ibu menyusu?, yang tak mempengaruhi penghasilan susu ibu.
Sebab ada yang notice susu mula merudum sejak mula mengambil pil perancang. Ini boleh menyebabkan ibu stress. Bila stress makin berkuranglah susu nya.
Sabar mommies, cari penyelesaian dulu. Menurut pakar dari PPUM dan merujuk kepada perkongsian Prof Madya Dr. Harlina Siraj, jenis pil/ubatan yang sesuai bagi ibu menyusu adalah dari jenis Progesterone - only Pill (POP).
1. Progesteron dan estrogen dengan prolaktin.
Jenis pil/ubatan yang mengandungi kandungan estrogen di dalamnya akan menyebabkan penghasilan susu terganggu. Ini kerana hormon estrogen berkadar songsang dengan hormon prolaktin yang berfungsi penting dalam penghasilan susu.
Jika estrogen dalam badan rendah, maka kadar prolaktin tinggi = penghasilan susu ibu tidak terganggu.
Jika estrogen dalam badan tinggi (kerana pengambilan pil/ubatan mengandungi estrogen), maka kadar prolaktin menurun = penghasilan susu ibu terganggu / berkurang.
Contoh pil/ubatan jenis Progesteron sahaja adalah Noriday.
2. Suntikan (depo) / implan.
Jika anda mengambil keputusan untuk mendapatkan suntikan/implan, jenis ubatan yang dimasukkan juga hendaklah jenis progesteron sahaja juga.
3. Jumpa doktor/pakar.
Dapatkan nasihat dari doktor / pakar terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang jenis pil perancang jika anda masih ragu-ragu. Jenis pil/ubatan yang diambil mestilah sesuai dengan kesihatan tubuh anda dan breastfeeding-friendly.
Perhatian: Jika anda mengalami susu merudum/ kenaikan berat badan baby tidak konsisten selepas pengambilan pil/ubatan perancang kehamilan, hentikan pengambilan pil perancang buat sementara dan monitor penghasilan susu / kenaikan berat badan bayi anda.
Nota :
Kehamilan memerlukan keadaan kesihatan dan tubuh yang sangat baik, kerana setiap wanita hamil melalui perubahan fizikal yang melemahkan. Seperti firman Allah:
"Dan Kami telah memerintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkan dengan susah payah pula...." [Surah Al-Ahqaf, ayat 15]
Sheikh Yusuf Al-Qardawi menyatakan dalam bukunya The Lawful and the Prohibited in Islam:
"Jarak kelahiran yang ideal adalah tiga puluh bulan, atau, jika ada yang mahu menyusukan bayi selama 2 tahun penuh, kemudian tiga puluh tiga bulan. Merujuk kepada Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 233."
Merancang kelahiran anak tidak terlarang dalam Islam. Adapun cara yang disarankan Nabi s.a.w. kepada sahabat adalah dengan kaedah berazal. Diriwayatkan:
"Dari Jabir, bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu berkata: "Sesungguhnya saya mempunyai seorang jariah (hamba). Dia menjadi pelayan dan penyelia air kami, sedang saya bersetubuh dengan dia, tetapi saya tidak suka dia hamil." Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Berazallah darinya jika engkau suka. Sesungguhnya akan terbit darinya apa yang sudah ditakdirkan untuknya." [Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Dawud]
Jadi, ibu yang ingin hamil lagi perlu memastikan diri dalam keadaan yang terbaik supaya dapat menyediakan rahim yang kuat dan kesihatan tubuh yang jitu untuk hamil lagi.
Bagi ibu yang mengalami masalah lemah rahim atau condition kesihatan yang tidak mengizinkan anda hamil dengan kerap, amalkan pemakanan yang sihat dan dapatkan nasihat doktor untuk kaedah perancangan keluarga yang terbaik untuk anda.
Rujukan:
1. PRISMA 2015, Prof. Madya Dr. Harlina Siraj
2. Unit Laktasi PPUM
3. Amalan & Nasihat Bagi Ibu Hamil, Fatimah Hj. Omar.
4. OnIslam, Fatwa on Birth Spacing.
5. Abdel Rahim Omran: Family Planning in the legacy of Islam (cited article).
Credit : blog cikgu susu