Bagaimana cara untuk mengatasi masalah sakit bersalin? Berikut antara langkah yang anda boleh ikuti:
-sekadar hiasan-
1. Selalu bersenam
Kerap bersenam dan pada bulan terakhir kehamilan, buat senaman dengan berjalan selama 30 minit sambil mempraktikkan latihan pernafasan.
2. Elakkan terlalu banyak berehat
Ketika mengemas rumah, anda digalakkan untuk berkeadaan duduk itik.
3. Jaga pemakanan
Dapatkan makanan yang sihat, seimbang dan lengkap dengan segala keperluan zat makanan. Minum air kosong dengan jumlah yang mencukupi dan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
4. Amalan doa dan selusuh
Amalkan doa mudah bersalin apabila kandungan mencecah usia tujuh bulan di samping mengamalkan minum air atau minyak selusuh. Sapu selusuh di perut dari atas ke bawah.
5. Khatam Al-Quran sepanjang hamil
Tidak perlu terlalu memilih surah. Baca kesemuanya lebih baik. Dalam tempoh sembilan bulan kehamilan, seelok-eloknya khatam Al-Quran paling kurang sekali.
6. Amalkan surah Maryam
Sepanjang kehamilan, jangan culas untuk membaca surah Maryam setiap hari. Ada pendapat menyarankan agar bersujud setiap kali tiba di ayat sujud tilawah. Dalam keadaan bersujud itu, jangan lupa untuk berdoa supaya dipermudahkan bersalin.
7. Kerap bersama suami
Pada saat akhir menanti kelahiran, keraplah melakukan hubungan seks dengan suami.
8. Berendam sebelum ke hospital
Berendam dalam tab mandi berisi air suam. Jika tiada, boleh menggunakan kolan renang plastik kanak-kanak.
9. Pastikan tenaga mencukupi
Tenaga mencukupi adalah penting sebelum anda memasuki bilik bersalin. Makan dan minum secukupnya bagi mengelakkan anda lapar dan mudah letih sewaktu dalam proses bersalin.
10. Posisi bersalin
Anda boleh mengaplikasikan apa jua jenis posisi ysng dirasakan selesa. Yang penting jangan berbaring sahaja. Selepas melalui fasa kontraksi, anda boleh berjalan-jalan sekitar bilik.
11. Jangan meneran
Sebelum tiba masanya, jangan sesekali meneran. Kawal pernafasan dengan menarik nafas secara mendalam dan hembus perlahan-lahan, secara konsisten.
12. Pemakanan sunnah
Mengamalkan kurma, kismis, madu dan habbatus sauda sepanjang kehamilan boleh beri tenaga dan mengelakkan bayi daripada mengalami jaundis.
Sumber: Pa&Ma
#JusSengatDara juga mengandungi makanan sunnah dan cepat baikkan luka dalaman semasa berpantang.
✔SHARE, LIKE & TAG pasangan dan rakan2 anda untuk sebarkan manfaat.
✔Jom amalkan #JusSengatDara. Cantik Di Luar, Sihat Di Dalam.
No comments:
Post a Comment