Followers

Tuesday 25 August 2015

Keguguran dan cara berpantang

sekadar hiasan

Keguguran Dan Berpantang Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat. 

Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran. 

Bisa Keguguran - ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran. 

Angin gugur yang menjadi pembawa bisa keguguran akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh. Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah, dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna. 

Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna. 

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran. 

Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran, tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya. Kebanyakan wanita hari ini mengambil ringan tentang kejadian keguguran. 

Ini terjadi kerana ramai yang jahil tentang pentingnya penjagaan diri selepas keguguran, manakala ilmu yang berkaitan tidak disebarkan secara meluas akibat terpengaruh dengan mentaliti perubatan moden. Walaupun kita menghormati ilmu dan sistem perubatan moden, kita percaya mereka belum cukup mendalami dan memahami hukum alam badan dan kesihatan manusia yang berkait rapat dengan suasana alam semulajadi. Ramai wanita masa kini menganggap rawatan pantang keguguran secara tradisional adalah remeh kerana berpendapat bahawa proses kelahiran lebih teruk daripada proses keguguran. Oleh sebab itu, ilmu penjagaan tentang keguguran semakin ditelan zaman, bahkan hampir berkubur tanpa pengamalnya. 

Sesungguhnya, ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan "penyakit melanuih keguguran", seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, serta bengkak dan bisa otot peranakan. Penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut serta pinggang, kebas-kebas sendi, mudah seram sejuk, demam tidak kebah, dan kalah dalam perjuangan berjimak. 

Tempoh Pantang Keguguran Mengikut petua Melayu, terdapat pelbagai pantang larang ibu keguguran dari segi pemakanan dan cara hidup harian. Berpantang ibu bersalin ditamatkan mengikut jangkamasa keguguran. Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari. Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan pantang larang. Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari. Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari. Namun, untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin. 

Pantang Larang Keguguran Masyarakat Melayu tradisional mengenakan pelbagai pantang larang kepada wanita yang keguguran. Dipercayai jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala. Jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam beliau mudah dihinggapi demam panas atau demam mengiggil. Bagaimanapun, pantang larang yang terutama ialah tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetuskan bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil. Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung. Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu. Turut ditegah mengambilnya ialah ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin. Walaupun, petua pantang larang ini kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, telah pun terbukti terjadinya alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih. 

Jenis-Jenis Keguguran Mengikut ilmu perbidanan Melayu, ada pelbagai jenis keguguran yang dapat dikesan dan dikenali. Antaranya disenaraikan seperti yang berikut ini. 

Gugur Ugut 
Gugur ugut (threatened abortion) atau dikenali juga sebagai gugur terancam, sering berlaku pada rahim yang lemah, seperti pintu rahim yang mudah terbuka apabila kehamilan berlaku dan kedudukan yang tidak mantap di dinding rahim. Keguguran jenis ini juga berpunca daripada ketidakseimbangan suhu badan, kelemahan darah, muntah yang kronik sehingga memberi tekanan di bahagian ari-ari atau ibu terjatuh dalam posisi yang boleh menyebabkan gugur ugut. Gugur berlaku dengan keluaran tompokan darah pekat berwarna merah coklat, tanpa rasa sakit. Darah sering keluar setaip kali ibu bergerak. Petua Melayu mengesyorkan ibu hamil mengamalkan air bunga tanjung (lotus) atau herba hiya (artemisia bulgaris) sebagai membantu menghentikan berlakunya gugur ugut. Lazimnya, ibu yang kerap mengalami gugur pada setiap kehamilan disyorkan mengambil air rebusan bunga tanjung sebagai amalan harian untuk memantapkan kedudukan janin dan mencegah berlakunya gugur ugut. 

Gugur Bentan 
Jikalau gugur berlaku pada kehamilan tiga bulan ke atas, ia dikenali sebagai gugur bentan (inevitable abortion). Keguguran ini akan mengakibatkan tumpah darah. Ibu hamil akan terasa sakit seperti kontraksi di bahagian rahim atau ari-ari sehingga ke cawan muka di bahagian pinggul. Kesakitan ini seakan sakit senggugut yang serius atau sakit bersalin. Kesakitan ini adalah kerana janin telah membentuk dan mengeras, serta disalurkan dengan urat saraf ibu. Tumpah darah yang diikiuti dengan kesakitan ini boleh menyebabkan ibu menjadi lemah sehingga gelap mata atau pengsan. Mengikut ilmu perbidanan Melayu, gugur bentan ini berpunca daripada rahim yang kedudukannya telah lari termasuk ke bawah tulang kajang. Rahim tidak dapat membesar bersama janin. Apabila janin semakin membesar, rahim yang tidak dapat menimbul akan tertekan oleh tulang kajang dan gugur bentan akan berlaku. Perkara tersebut lazimnya berlaku kepada ibu yang biasa jatuh terhempap kuat di bahagian punggung, yang mungkin meyebabkan kecacatan posisi rahim. Ada juga kejadian gugur gara-gara ibu yang ingin menjarakkan kehamilannya melalui urutan yang tersalah cara. Akibatnya mulut rahim terkalih dari posisi yang bertentangan dengan pintu faraj, sehingga berlakunya posisi yang songsang atau rahim terbenam di dalam salur bawah tulang kajang. 

Gugur Sangkut 
Dalam gugur sangkut atau gugur tak sepenuhnya (incomplete abortion), tumpah darah yang banyak akan berlaku berlarutan sehingga beberapa hari. Keadaan ini menandakan masih ada baki tisu janin atau tisu uri yang tertinggal di dalam rahim. Rahim akan membengkak dan mulutnya terbuka luas. Keadaan ibu akan kelihatan pucat dan lemah, bahagian ari-ari atau rahimnya tidak boleh disentuh walau dengan cara lembut kerana terlalu sakit. Jika dibiarkan, lama-kelamaan ibu tidak boleh berjalan lurus kerana terlalu sakit di bahagian tersebut dan sentiasa berbongkok menahan sakit. Adakalanya jika rumah berlantaikan papan, kesan tapak kaki berjalan pun mencetuskan jeritan kesakitan daripada ibu tersebut. 

Gugur Sawan Atau Gugur Keracunan 
Gugur sawan (septic abortion) berlaku apabila ibu hamil mengeluarkan darah berbau busuk dan mengandungi nanah, yang mana rahimnya dikatakan mengalami keracunan. Keadaan rahim akan membengkak dan mengeras menyebabkan ibu mengalami demam panas yang serius. Demam tersebut boleh membuatkan ibu menggigil sehingga terkancing gigi dan mata berpusar seperti keadaan penyakit tarik. Mengikut ilmu perbidanan Melayu, disyorkan pelbagai rumusan herba untuk membantu membersihkan angin dan darah yang keracunan dalam sistem peranakan. 

Gugur Bangkai Atau Kecacatan Kehamilan 
Mengikut ilmu perbidanan Melayu, kandungan yang tidak membesar serta janin tidak bernadi menandakan kecacatan kehamilan. Tetapi janin yang mati itu disaluti dengan pendarahan dalaman rahim yang merupakan sebentuk gumpalan isi serta darah. Keguguran ini berlaku apabila terdapat keluaran ketulan darah beku berwarna merah tua, disusuli dengan cebisan-cebisan isi. Kejadian ini dikenali sebagai gugur bangkai (missabortion). Ibu yang mengalami keadaan ini akan sentiasa pening atau sakit kepala dan loya yang serius. 

Gugur Badai Atau Gugur Berulang 
Mengikut tafsiran perbidanan Melayu, wanita yang sering mengalami keguguran atau gugur berulang kali, dikenali sebagai gugur badai (recurrent abortion). Wanita tersebut dikatakan mengalami kelemahan rahim, terutama di bahagian leher dan mulut rahim, yang mana anggota itu tidak dapat memegang atau memikul kehamilan dengan kuat. Setiap kali pergerakan kuat berlaku atau mengalami keletihan yang amat sangat, ibu menghadapi risiko keguguran. Akibat kerap gugur, ibu hamil itu walaupun diberi sepenuh rehat tanpa banyak pergerakan termasuk berjimak, keguguran masih juga boleh berlaku. Mengikut kefahaman lama, ibu ini bermasalah penyakit deria rangsang wanita, iaitu ketidakseimbangan hormon. Penyakit deria rangsang wanita ini dapat menyebabkan pelbagai masalah, satu daripadanya ialah gugur badai. 

Gugur Paksa 
Gugur paksa atau mengeluarkan janin dengan cara paksa dari rahim telah lama dipratikkan oleh masyarakat berbilang bangsa. Perkara yang terkutuk, bercanggah dengan prinsip kemanusiaan dan diharamkan oleh agama ini masih berleluasa dilakukan dengan pelbagai kaedah, asalkan pengguguran itu berjaya. Gugur paksa merupakan perkara yang amat sensitif dalam kalangan masyarakat. Perbuatan hina ini bukan topik yang dibualkan secara terbuka, terutama pada zaman dahulu. Sebaliknya kebanyakan keguguran semulajadi yang berlaku diterima sebagai suratan takdir. Gugur paksa pula amat dirahsiakan kerana masyarakat Melayu tidak menerimanya walaupun dilakukan dengan tujuan untuk membantu mangsa rogol atau wanita yang dianiaya. Jikalau gugur paksa diketahui ramai, mangsa rogol itu akan dihina masyarakat dan menjadi buah mulut. 

Berpantang Sepanjang Masa Penyakit atau masalah keguguran akan hilang atau sembuh selepas berlakunya kehamilan kembali. Namun, bagi mereka yang keguguran dan tidak hamil lagi, mereka perlu mengawasi pemakanan dengan menjauhi benda-benda yang dilarang sampai bila-bila. Ini kerana apabila dimakan, walaupun sedikit, mereka akan mendapat kesan sampingan yang akan melemahkan tubuh atau mengakibatkan penyakit bisa otot dan sendi. Apalagi kalau dimakan secara berlebihan, akan menjadi punca penyakit angin pasang atau barah angin. Sebagai mengatasi penyakit akibat keguguran, rawatan dan pemakanan secara tradisional mesti diamalkan. InsyaAllah mereka yang mengalaminya akan kembali pulih ataupun sekurang-kurangnya kesan penyakit tersebut dapat dikurangkan. 

Angin Pasang - ialah angin beracun yang juga dikenali angin jahat. 

Barah Angin - ialah kejadian gumpalan angin lendir bertoksik yang mengeras dan berlegar di dalam perut.
sumber : http://bidanbersalin.blogspot.com/2011/05/keguguran-dan-berpantang.html



Sunday 23 August 2015

BREAST-FEEDING VS BOTTLE-FEEDING



Al-Baqarah: Ayat 233:

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada)..."

Perkongsian daripada Ain Cikgu Susu (Blog Cikgu Susu)

Assalamualaikum dan hai mommies,

Dari dulu hingga sekarang, once in a blue moon cikgu tak terlepas dari menerima soalan dari ibu-ibu atau nenek-nenek, "kenapa kena menyusu sampai 2 tahun ye, what's the rational?"

Mungkin ayat Allah di atas masih belum cukup jelas bagi mereka barangkali. Namun, di setiap ketetapan dan perintah yang Allah turunkan, pasti ada hikmah yang berlipat kali ganda rasionalnya. Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha Luas, yang dikurniakan kepada kita belum sampai setitik pun dari air lautan yang meliputi bumi ni.

Allah kurniakan kepakaran kepada mereka yang terpilih sebagai pengkaji dan perantara bagi menceritakan tanda-tanda kebesaran-Nya. Ini termasuklah penciptaan manusia. Manusia dikaji seawal di dalam rahim ibu sehingga tamat riwayat hidupnya, bukan kerana nak cari cara nak hidup selamanya tetapi sebab manusia ini adalah ciptaan Allah yang paling unik yang ada di atas muka bumi ni. 

Dalam Konvensyen PRISMA 2015 yang lepas, kami berkesempatan mendengar perkongsian dari Assc. Prof. Dr. Zamri b. Radzi seorang pakar dan konsultan Orthodontist, dari Fakulti Pergigian, Universiti Malaya. Beliau berkongsi tentang Breastfeeding: Dental Development and Beyond. Perkongsian yang membuka mata kami semua and i bet all the participants enjoy his session! 

Hasil kajian pakar menyatakan dalam 2 tahun pertama hidup seorang anak itu, dia akan mengalami pertumbuhan yang sangat pesat bukan sahaja dari segi mental, fizikal dan psikologi bahkan juga pembentukan tulang, rahang, gigi dan bentuk muka. 

How does that correlates to breastfeeding?

Penyusuan ibu menjadi faktor utama kepada pembentukan teras dan pertumbuhan rahang bawah seorang manusia. Corak dan pattern pergerakan rahang semasa bayi menyusu secara breast-feeding (direct feeding) membantu pembentukan otot dan rahang yang baik kepada anak. Ia meningkatkan koordinasi mulut, bibir, lidah dan otot disekeliling rahang bayi.

Semasa menyusu dari payudara ibu, bayi akan menggerakkan rahang dengan bukaan yang luas menyebabkan pertumbuhan rahang bawah yang aktif. Rahang bawah bayi bekerja dengan maha kuat untuk mendapatkan susu. Kalau tak kerja kuat tak dapat susu la, gituh. Dalam bahasa saintifiknya, pakar sebut extensive mandibular movement. 

Manakala semasa penyusuan dari botol, pergerakan rahang bawah sangat minimal, menyebabkan pertumbuhan tulang rahang bawah lebih perlahan. Bayangkan aliran susu dari botol yang akan flow je bila botol ditonggengkan, so it is effortless to babies. In most cases, walaupun puting yang digunakan bersaiz kecil, aliran susu tetap laju dan impactful semasa bayi menghisap dari botol dan otot dan rahang bayi tak perlu bekerja kuat tu untuk mendapatkan susu.

Rasionalnya, penyusuan terus dari ibu membantu pembentukan rahang dan teras yang baik sebagai asas pertumbuhan gigi yang cantik dan tersusun. Ini mengelakkan masalah rawatan gigi seperti ortodontik dan pemakaian braces apabila anak mula membesar nanti. Kata beliau lagi, penggunaan botol susu atau puting kosong (pacifier) dalam jangka masa yang panjang sedikit sebanyak akan mengganggu pertumbuhan gigi dan pembentukan rahang anak. 

Pergerakan lidah semasa menyusu juga sangat berbeza oleh bayi yang breast-feeding dengan bayi yang bottle-feeding. Semasa penyusuan terus dari payudara, bayi mengalunkan lidahnya (suckling) pada bahagian areola ibu menyebabkan bayi melatih lidahnya menjadi kuat sebagai persediaan untuk mula bercakap nanti. Sebab itu kajian mendapati kanak-kanak yang menyusu dengan cara yang betul dapat mula bercakap dengan lebih mudah dan jarang sekali mengalami masalah pelat. In other words, penyusuan ibu membantu seseorang bayi dalam speech development dan kejelasan menyebut sesuatu perkataan (speech clarity).

Semasa menyusu secara direct feeding, bayi akan mengawal sendiri aliran susu yang diperlukannya melalui gerakan lidah dan rahang bawahnya. Dengan cara ini, koordinasi hisapan dan pernafasan bayi tidak terganggu dan bayi boleh bernafas dengan baik semasa menyusu. Anda akan notice yang bayi kadangkala berhenti seketika (pause) semasa menyusu, sebenarnya untuk bernafas.

Berlainan pula dengan meminum dari botol, dalam kebanyakan masa aliran susu sangat laju dan kadang-kadang bayi tidak dapat mengawalnya, menyebabkan bayi kelihatan tercungap-cungap, tersedak dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Risiko bayi tersedak susu atau tidak bernafas sangat tinggi jika penyusuan melalui botol tidak dilakukan dengan cara yang betul.

Cara yang betul yang selalu saya sarankan ibu-ibu bekerja adalah dengan melatih bayi anda menerima susu dengan teknik Paced Bottle Feeding. Teknik ini dilakukan berdasarkan corak dan pattern hisapan terus dari payudara. Walaupun ia tidaklah 100% sama seperti direct-latch, ia membantu bayi mengawal aliran susu sendiri. Bantu bayi berehat sebentar (pause) dan bernafas ketika feeding. Ia juga bantu elakkan baby mengalami masalah terlebih minum (overfeeding).

My sharing today is not to undermine mothers who are unable to direct feed their babies (disebabkan masalah bayi dilahirkan premature atau kurang keupayaan untuk menyusu secara terus dari payudara). Saya percaya setiap dari anda mahu berikan yang terbaik untuk anak anda. Tetapi kita tidak dapat menidakkan kebaikan yang telah Allah kurniakan dari setiap proses semulajadi dalam hidup manusia. Termasuklah hikmah dan kebaikan penyusuan terus dari payudara.

Jika pernah mengalami kegagalan dalam penyusuan lalu, anggapkan ianya satu cabaran kepada anda menjadi dan melakukan yang lebih baik untuk anak seterusnya. Learn, learn dan keep on learning. Sebab ilmu Allah itu luas, kita takkan habis belajar sampai hujung hayat kita.

Buat ibu bekerja, utamakan direct feeding bila sahaja anda bersama anak anda. 2 tahun pertama hidupnya adalah tahun-tahun emas yang kita mahu berikan yang terbaik dalam hidupnya. Termasuklah dengan memiliki pembentukan bentuk muka, rahang dan gigi yang baik.

Rujukan:
1. Konvensyen PRISMA 2015, Prof. Dr. Zamri: Breastfeeding: Dental Development and Beyond.
2. KellyMom.com


Monday 17 August 2015

Jus jamu moden untuk wanita berpantang




Alhamdulilah...

Model Jus Sengat Dara kita pun berpantang dengan Jus Sengat Dara.

- Rahim mengecut dengan baik
- Susu badan meriah
- Memberi tenaga (berjaga malam)
- Kulit muka berseri

Siapa tak suka kan berpantang dengan jamu moden ni hasilnya semeriah di atas.

Dapatkan Jus Sengat Dara hari ini dengan harga istimewa.

Segera hubungi kami!

PM kami segera!
★★ whatsup : 012-3794525

Penghantaran percuma di sekitar Putrajaya/ Bangi.
Penghantaran pos di seluruh Malaysia.


Jus Sengat Dara memberi tenaga berpanjangan

Anda rasa tidak bertenaga?
Rasa tidak bermaya?
Mengantuk dan sering moody?


Apa kata anda minum Jus Sengat Dara ini. Jus berperisa delima asli yang sungguh sedap ini memberikan anda tenaga sepanjang hari. Tak percaya? CUBALAH !!






Hubungi saya (shafiza) 012-3794525 untuk mendapatkan harga istimewa. 

Wednesday 5 August 2015

KISAH 8 TAHUN TAK DATANG PERIOD


Apalah makna bagi seorang wanita jika darah kotor tidak hadir dalam hidup secara fitrahnya.
Ya, itu FITRAH sebagai seorang bergelar wanita.
Sudah pasti perasaan rendah diri, rasa kekurangan diri dan motivasi untuk diri jatuh ke bawah.
Lebih-lebih lagi apabila wanita tersebut sudah berkahwin dan mahukan zuriat sendiri.
Saya tak dapat bayangkan bagaimana perasaan mereka.
Hormon tidak stabil, haid tidak teratur dan macam-macam masalah dalaman wanita yang tidak terluah dengan kata-kata.


Ting ! Ting !
Ikon PM bernyala… tanda ada orang PM.
Pelanggan yang membeli jus bulan lepas PM saya.
“Salam puan, Dah minum Jus Sengat Dara baru 4 botol, period BERTAHUN TIDAK DATANG, kali ini datang HEAVY FLOWnya. Lamanyaaaa TAK TENGOK PERIOD ! PUAS RASANYA. Harap Jus Sengat Dara berterusan serasi dengan saya.
ALLAHU AKBAR !
Tiada perkataan yang boleh menggambarkan perasaan saya apabila membaca PM pelanggan tersebut.
Mahu mengalir air mata terharu apabila produk yang dijual memberi NILAI tidak terhingga dan memberi MANFAAT kepada pelanggan.
Produk hanyalah ALAT semata-mata. Ikhtiar kepada wanita yang PENAT MENCUBA MACAM-MACAM PRODUK.
Sambung pelanggan tadi,
“Dah 8 tahun period tidak datang sendiri dan heavy macam ni. Biasa kalau saya MAKAN UBAT baru period datang.”
“Suami suruh teruskan. Rasanya pun sedap”
Saya sangat bersyukur kerana menjadi ejen kepada syarikat yang mengeluarkan produk yang BERMUTU TINGGI.
Ini bukan pertama kali, saya mendapat feedback yang baik dari pelanggan.
SUDAH BANYAK!
Ada kata, jus ini jamu moden. Jamu untuk cantik.
Rasanya sedap seperti jus delima asli.
Bahan yang digunakan pun, 100% HERBA. LULUS dalam UJIAN MAKMAL dan UJIAN DADAH. Tidak berbahaya untuk amalkan secara berterusan.
Jus ini juga telah dikelaskan PENGKELASAN MAKANAN OLEH KKM.
Ianya BUKAN UBAT !
Banyak sangat KHASIAT yang diperolehi dalam 1 botol kalau nak cerita. Tidak perlu lagi untuk makan macam-macam ubat dan produk untuk dapatkan pelbagai khasiat.


Produk yang saya jual ni sebenarnya, kalau beli majalah dan suratkhabar, dah banyak masuk tau!
Ada dalam Majalah Mingguan Wanita, majalah PA&MA, suratkhabar BERITA HARIAN, SINAR dan banyak lagi.

Dengar cerita , syarikat dah masuk iklan TV3.
Kalau nak saya cerita lanjut tentang produk ni, cepat-cepatlah PM saya.
Semua wanita tak kira dah berkahwin atau BELUM BERKAHWIN boleh amalkan jus ini.
Encik-encik suami juga patut beli untuk isteri.
Bukan saya tidak boleh nak bagitahu terus HARGA kat sini, tapi anda takkan dapat tahu bahawa NILAI yang saya cuba nak sampaikan LEBIH BERHARGA daripada harganya yang sangat MAMPU MILIK oleh semua wanita.
PASTI anda akan terkejut apabila harga produk ni, seperti tidak sama dengan MANFAAT YANG DIBERI oleh jus ini.




Kita sembang-sembang kat wassap.
Wassap Shafiza 012-3794525 SEKARANG !
Wassap Shafiza 012-3794525 SEKARANG !

P/S: MAAF kalau anda PM saya lambat REPLY tau. Biasanya kalau saya lambat reply, saya tengah sibuk packing yang pelanggan dah buat tempahan.

Monday 3 August 2015

Tanda - tanda dan cara pencegahan rahim jatuh atau tombong




AWAS : Rahim jatuh atau tombong.
Assalammualaikum....Hari ni nak bercrita sikit pasal tombong aka rahim jatuh .Biasanya perkara ini dikaitkan dengan kekerapan melahirkan anak atau tidak berpantang selepas bersalin. Ramai wanita yang tidak mengambil berat tentang hal, padahal ini adalah melibatkan "aset penting" seorang wanita
Sedikit teguran bagi anda yang merasakan berpantang 44 hari, 100 hari itu tidak penting, tidak perlu, kuno...mungkin sekarang, ketika badan anda masih muda, anda tidak merasakan kesannya, tetapi percayalah, apabila anda semakin meningkat usia, anda pasti akan menyesal tidak berpantang sebaik mungkin...
Tombong mungkin tidak mengancam nyawa tetapi akan menyebabkan ketidakselesaan dan menimbulkan komplikasi.
Rahim Jatuh, Tombong [ Prolaps ] melibatkan pundi kencing [ cystocole ], rectum [ rectocoele ], rahim [ uterine prolapse ]


Tahap Prolaps :
PERINGKAT 1
Prolaps sedikit, mungkin wanita tidak merasainya. Pemeriksaan Doktor membantu mengesan masalah ini.
PERINGKAT 2
Lebih teruk. Dapat dilihat dipermukaan vagina apabila wanita meneran semasa membuang air besar atau batuk.
PERINGKAT 3
Sebahagian dari rahim terkeluar dari vagina. Boleh menyebabkan komplikasi seperti melecet, kekeringan dan jangkitan kuman
PERINGKAT 4
Keseluruhan rahim telah terkeluar. Di peringkat ini, ia sangat menjejaskan kualiti hidup dan keselesaan. kadangkala pesakit akan kesakitan dan menyebabkan pendarahan
INFO : Prolaps organ pelvisakan berlaku apabila lantai sokongan ini, menjadi lemah, rosak dan tidak mencukupi menampung organ-organ pelvis.
Majalah RAPI
Bil 239 [ Jul 2014 ]

Tanda-tanda rahim jatuh /Peranakan jatuh :
1) Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj.
2) Ketulan pada faraj.
3) Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)
4) Sakit belakang.
5) Sakit semasa hubungan seks.
6) Pendarahan faraj selepas menopaus.
7) Inkontinens kencing atau kencing tidak terkawal.Sukar buang air
kecil / besar.
8)Terkencing ketika tidur
9) Air sentiasa keluar dari faraj
10) Bila tekan di kawasan ari-ari seperti bengkak dan bila ditekan sakit seperti dihiris pisau
11) Tundun faraj keras dan bengkak
12) Bila kencing terasa seperti sembelit tiba-tiba dan rasa macam nak meneran.
13)Tidak selesa didalam faraj dan sakit bila bergerak.

Macamana boleh berlaku?
1. Tidak berpantang dengan betul selepas melahirkan anak
2. Mengangkat benda-benda berat
3. Terjatuh dan terhempap punggung
4. Sembelit ketika dalam pantang (meneran terlalu kuat)
5. Baka (mungkin ada keturunan yng pernah mengalaminya)
6. Kekurangan hormon akibat menopous
7. Fibroid (tumbuhan yang menolak rahim ke bawah)
8. Kelahiran yang bermasalah seperti terpaksa menggunakan forcep atau vacum
copy paste dari : kisahamy.com
terima kasih.

Kebaikan Jus Sengat Dara : 
1.Mengecutkan rahim selepas bersalin
2. Menguat dan menyihatkan rahim
3. Seterusnya mengelakkan dan menyelesaikan masalah rahim jatuh atau tombong
Like & Share
Segera hubungi kami!
PM kami segera!
★★ whatsup : 012-3794525
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget