Followers

Showing posts with label GLA Complex. Show all posts
Showing posts with label GLA Complex. Show all posts

Tuesday, 26 November 2013

GLA Complex membantu yang ingin hamil dan juga mengatasi Cysts

 1) GLA Complex Membantu Meningkatkan Peluang Untuk Hamil
Kita hanya merancang dan berusaha, namun ALLAH swt yang menentukan hasilnya. Alhamdulillah. Setakat harini, memang banyak testimoni customers kami yang berjaya hamil dengan GLA Complex ini. Sekiranya anda adalah salah seorang daripada customers kami yang berada dalam groups ekslusif kami di Facebook, anda sendiri tahu tentang testimoni-testimoni ini, kan?

Bagaimana GLA Complex membantu meningkatkan peluang untuk hamil?
Secara ringkas, GLA (asid gamma linolenik) sebenarnya membantu seseorang wanita itu untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (egg white cervical mucus). Cecair mukus ini sangat penting kerana ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Selain daripada itu, dengan mempunyai kandungan GLA yang cukup, cecair mukus ini turut membantu meningkat jangkahayat sperma di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari (inshaALLAH). Jadi, secara tidak langsung peluang untuk persenyawaan berlaku (dalam tempoh subur tu) pun turut meningkat walaupun suami dan isteri tidak bersama ketika itu.
Terbaik, amalkan GLA Complex bersama B Complex, ESP dan Zinc untuk suami.

2) GLA Complex Membantu Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)
Antara perkara paling tak best semasa PMS ialah senggugut, betul tak? Salah satu sebab kenapa kaum wanita mendapat sindrom ini ialah kerana kekurangan asid gamma linolenik ini di dalam tubuh. Jadi, dengan mengamalkan GLA Complex inshaALLAH akan membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika PMS ini.
Saya syorkan ambil GLA Complex bersama Ostematrix dan B Complex.

3) GLA Complex Membantu Mencantikkan Kulit Wajah
Istimewanya GLA Complex daripada Shaklee kerana ia turut diperkaya dengan vitamin E yang terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan kulit. Dengan fungsi GLA Complex sendiri yang membantu mengatur fungsi hormon dalam tubuh, kehadiran vitamin E ini menjadikan kulit anda tampak lebih lembab, mengurangkan jeragat, tiada lagi kilauan minyak dan berseri-seri.
Untuk kesan optimum, amalkan bersama ESP sekurang-kurangnya.

4) GLA Complex Untuk Kesihatan Jantung
GLA mengandungi lemak Omega-6 yang dipercayai membantu menurunkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL) dalam badan, meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ (HDL); mengurangkan mendapan kolestrol pada dinding arteri (dengan bantuan vitamin E) dan merupakan lemak tidak-tepu yang membantu mencairkan lemak-tepu.
Terbaik untuk jantung, amalkan bersama Omega Guard. Gabungan Omega-6 dan Omega-3 (yang boleh didapati daripada Omega Guard Shaklee) menambahbaik dengan menstabilkan kadar denyutan jantung dan mengelakkan blood thickening.

5) GLA Complex Untuk Awet Muda
Tahukah anda mengapa ramai kaum wanita sangat sukakan suplemen EPO(Evening Primrose Oil)? Jawapan typical ialah ‘nak awet muda’. Memang betul. Hakikatnya, GLA Complex yang terkenal dengan jolokan nama ‘EPO Shaklee’ ini ternyata memberi kesan lebih hebat inshaALLAH. Dengan kandungan GLA yang dua kali ganda EPO normal, ditambah dengan vitamin E dan minyak bunga matahari .. semua ini bersifat anti-oksida, free-radicals, immune-system dsb .. membantu tubuh lebih sustain. Hormon prostaglandin yang terhasil dengan cukup juga sebenarnya merupakan pertahanan semulajadi tubuh terhadap penuaan.
The best, amalkan GLA Complex bersama tonik ajaib Shaklee iaitu Vivix.


Berikut testimoni telah menggunakan GLA Complex :










* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. 







Wednesday, 14 August 2013

Apa itu GLA Complex

Apa itu GLA?
Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linoleic acid kepada GLA. Jadi, Shaklee memudahkan anda. Shaklee telah pun mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan.

GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.
Khasiat dan faedah GLA Complex Shaklee
Apa pula prostaglandin?
Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah
Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Siapa yang perlukannya :
  • Wanita yang menghadapi PMS
  • Mereka yang menghadapi kencing manis
  • Mereka yang bimbang dengan berat badan berlebihan
  • pengidap arthritis rheumatoid dan eczema
  • Mereka yang menghidap diabetes
  • Period yang tidak teratur
  • Mereka yang mahu mencantikkan kulit

Cara pengambilan : Ambil 2 biji sehari lepas makan. (sila ambil vit e dan GLA Complex Shaklee secara berasingan – contoh GLA pagi dan vitamin e malam- kerana di dalam GLA terdapat juga vitamin e tetapi dalam kandungan yang sedikit

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. 

Jika berminat untuk mendapatkannya boleh hubungi saya :
FB : Noor Shafiza 
HP : 012-3794525
Emel : nshafez@gmail.com

Thursday, 8 November 2012

Punca sukar hamil.

Alhamdulillah, kebelakangan ni ramai yang bertanya tentang produk untuk kesuburan. Pertama sekali suka untuk saya ingatkan untuk kita ketahui punca dulu sebelum ambil keputusan mendapatkan rawatan sebab mungkin produk yang diambil tak berkaitan pun dengan punca masalah. Sekiranya anda sudah berkahwin lebih dari 2 tahun & masih belum mendapatkan zuriat, pertama sekali anda perlu berjumpa doktor untuk check sekiranya anda mempunyai masalah fizikal seperti masalah ovari, rahim terbalik dan sebagainya.

-sekadar hiasan-

Antara punca-punca lain yang perlu diberi perhatian :
  1. Keletihan – kerap rasa letih dan lesu mungkin menyebabkan badan kurang produktif
  2. Hormon tak stabil, period tak menentu
  3. Masalah keputihan yang serius
  4. Suami seorang perokok
  5. Berat badan berlebihan untuk suami dan isteri
  6. Banyak ambil pemakanan yang kurang sihat seperti fast food, junk food dan minuman bergas. 
  7. Asyik fikirkan nak anak semasa bersama – Seorang makcik pernah beri nasihat pada saya, kalau kita asyik fikir nak anak je masa bersama, secara tak langsung kita akan stress. Just enjoy the moment dan jangan fikirkan apa2.

Antara supplemen yang dicadangkan untuk membantu kesuburan suami isteri :

Vita-lea - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan. Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh. Penting untuk suami isteri yang sibuk bekerja dan kurang menjaga tentang pengambilan makanan.

B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

Vitamin C - Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron. Suami yang merokok memerlukan lebih vitamin C untuk membantu meningkatkan semula produktiviti.

ESP (Protein) - Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2. Protein juga membantu menyihatkan ovum & sperma.

Vitamin E & Selenium - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).
Jadi, buatlah pilihan produk yang bersesuaian dengan diri anda. Sekiranya tidak mempunyai sebarang masalah, saya cadangkan ambil set asas iaitu Vita lea, B complex, Vit C dan ESP sahaja.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplemen adalah sebahagian dari usaha sahaja.Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kesediaan anda untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidup kalian. Banyakkan juga berdoa, berzikir dan lakukan solat hajat & solat taubat. Semoga usaha anda dirahmati Allah.


Cara pengambilan: Ambil 2 biji sehari lepas makan. (sila ambil vit e dan GLA Complex Shaklee secara berasingan – contoh GLA pagi dan vitamin e malam- kerana di dalam GLA terdapat juga vitamin e tetapi dalam kandungan yang sedikit). Untuk budget kurang, boleh juga mengambil GLA complex dan Vitamin E secara berselang seli setiap hari- contoh hari Isnin ambil GLA Complex, hari Selasa ambil vitamin e, Hari Rabu ambil GLA dan seterusnya..)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Nak tahu vitamin mana yg bersesuaian dgn budget dan masalah anda? Sila hubungi saya di :

My ID : 885212

H/P: 012-3794525 atau 
Email: nshafez@gmail.com atau 
FB : Noor Shafiza untuk sebarang pertanyaan.
 
 


Friday, 5 October 2012

GLA MEMBANTU ANDA YANG INGIN HAMIL

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.


Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Cecair yg subur akan kelihatan jernih, licin dan anjal. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

Jika anda masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

Penting untuk kita mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex??

Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur.





Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 









* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Nak tahu vitamin mana yg bersesuaian dgn budget dan masalah anda? Sila hubungi saya di :

My ID : 885212

H/P: 012-3794525 atau 
Email: nshafez@gmail.com atau 
FB : Noor Shafiza untuk sebarang pertanyaan.
 
 

Sunday, 22 July 2012

Sengugut dah xde lagi dengan GLA Complex Shaklee

Saya ingin berkongsi kisah daripada Bloq sahabat saya berkenaan GLA Complex Shaklee. 

Ini kisah Ayong, sepupu En Billy yg juga pengguna GLA Complex Shaklee. Dia amik GLA untuk atasi masalah senggugut yg teruk setiap kali menstrual.

Cerita Ayong lepas amalkan GLA Complex Shaklee untuk atasi masalah senggugutnya yg sangat teruk sebelum ni:




Alhamdulillah..sangat berkesan! Sebenarnya Ayong makan tak sampai sebulan dah nampak kesan. Sebab dia amik GLA beberapa hari sebelum period dan tak sesakit sebelum ni! Cuma Ayong tunggu period kali kedua sebab nak tengok betul ke dah tak senggugut teruk macam dulu. 


Di sini saya ingin berkongsi kelebihan GLA Complex Shaklee.

Jika anda tercari-cari suplemen untuk membantu anda menghadapi masalah berkaitan hormon wanita seperti simptom monopause ini, anda boleh mencuba  GLA Complex Shaklee yang mengandungi Gamma-Linolenic Acid dan Omega-6


Ia berperanan membantu masalah seperti:
* sindrom pra-haid (PMS) 
* simptom pra-monopause 
* ketidaksuburan 
* haid tidak teratur 
* masalah ovarian cyst 
* fibroid.

Hari ini saya nak berkongsi testimoni Pn. Haizu, awal 50-an yang telah 2 bulan menggunakan GLA Complex. Beliau merupakan seorang yang bekerjaya dan merupakan salah seorang pemimpin utama di pejabat :

"*Saya sangat gembira bila kawan sepejabat mula perasan perubahan kepada mood dan tumpuan saya yang lebih baik di pejabat. Memang saya akui sebelum ni saya cepat melenting dan susah untuk fokus di pejabat. Masalah ini mengganggu prestasi saya hingga menyebabkan saya dipandang sinis oleh kakitangan bawahan.

Saya juga mempunyai masalah haid yang banyak dan tidak teratur akibat fibroid. Sejak 2 bulan mengamalkan GLA Complex, saya tidak lagi mengalami pendarahan yang banyak dan yang pasti, perut saya yang buncit akibat fibroid telah berkurangan.

Paling menggembirakan, suami menegur kulit muka saya semakin baik. Jeragat telah pudar dan garis-garis kedutan di dahi sedikit berkurangan"


* kenyataan ini adalah pengakuan pengguna, kesan produk adalah berbeza ke atas individu



Nak tahu vitamin mana yg bersesuaian dgn budget dan masalah anda? Sila hubungi saya di :

H/P: 012-3794525 atau 
Email: nshafez@gmail.com atau 
FB : Noor Shafiza untuk sebarang pertanyaan.
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget