Followers

Saturday 7 November 2015

Punca Sakit tumit dan cara mengatasinya

Kajian mendapati bahawa, secara puratanya 1 daripada 5 individu mengalami sakit tumit. Sakit kaki yang agak kronik juga memberi kesan negatif kepada kualiti kehidupan. Aktiviti setiap hari juga mudah terganggu bila kita sakit sakit kaki ni. Nak berjalan dalam rumah susah jika kaki sakit.

Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan sakit tumit ini ialah :-

> berat badan berlebihan 

> faktor umur yang semakin meningkat 

> perubahan sistem saraf, otot & struktur tulang kaki 

> orang yang ada sakit-sakit sendi lutut atau peha 

> saiz kasut yang lebih kecil daripada saiz kaki 

> bentuk kasut yang tidak sesuai 

> menggunakan kasut tumit tinggi dalam jangka masa yang lama

Banyak juga punca-punca sakit tumit ni. Kadang-kadang, kita tak perasan pun apa yang kita lakukan tu bakal menyebabkan sakit tumit yang berpanjangan.

Berikut merupakan antara fakta daripada Majalah I-Sihat keluaran September 2014.

Sakit tumit boleh disebabkan oleh kerosakan kepada tisu otot, tendon, tulang kaki serta saraf. Antara penyakit tersebut ialah plantar fasciitis, keretakan tulang calcaneum, penyakit gout, kerosakan saraf samaada di bahagian kaki atau saraf tunjang di pinggang dan pertumbuhan tulang yang tidak normal di bahagian tumit (heel spur).Radang pada tendon yang menyambungkan otot dan tulang seperti Achilles Tendon di bekalang tumit juga boleh menyebabkan sakit tumit.Sakit tumit juga boleh disebabkan oleh saraf kaki yang terhimpit oleh struktur kaki iaitu flexor retinaculum. Ini menyebabkan tekanan pada saraf yang seterusnya menyebabkan sakit yang berpanjangan.

Jadi, mereka yang mengalami sakit kaki dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti penyebab sakit tumit tersebut. Doktor akan memeriksa kaki anda dengan teliti iaitu, sistem saraf, arteri iaitu pembuluh darah di kaki, tendon serta struktur tulang.

Doktor juga mungkin akan melakukan pemeriksaan x-ray di bahagian kaki tumit, serta ultrasound ataupun MRI sekiranya perlu bergantung kepada penyebab sakit tumit tersebut.

Gambar Hiasan : Dato' Lee Chong Wei sedang melakukan ujian MRI di bahagian kaki 

Antara rawatan yang sesuai untuk sakit tumit ini bergantung pada penyebab penyakit tersebut. Antara yang boleh diamalkan :-

★ berehat atau mengurangkan aktiviti berjalan

★ pengambilan ubat anti radang

★ ubat tahan sakit

★ senaman khas yang diberikan oleh ahli fisioterapi

★ mengamalkan supplimen Jus Sengat Dara

★ menggunakan pelapik tapak

Biarpun begitu, mencegah adalah perkara yang terbaik dilakukan oleh semua orang daripada merawat. Jadi, cegah sebelum parah.. 

No comments:

Post a Comment

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget