Followers

Thursday, 12 July 2012

ESP Best!!

Tahukah anda?
Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

Risiko kekurangan protein
  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  • Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  • Liver (penyakit hati)
  • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  • Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
  • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  • Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
  • Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
  • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
  • Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  • Irritability (Badan menggeletar)
  • Fatigue (Letih lesu)
  • Weakness (Lemah)
  • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  • Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  • Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan Shaklee ESP
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?
  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
  • Lelaki : melindungi dari sebarang penyakit kronik
  • Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus
  • Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?

Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak (sejuk atau air suam2 kuku) ataupun bancuh bersama milo, susu atau jus atau ape2 air favorite anda cuma jgn bancuh dgn air yang terlalu panas kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi..
 



Nak kongsi skit pengalaman yang telah menggunakkan ESP ni!

Just nak share, ESP mmg amazing! Sy ada buat minor surgery utk buang keloid (parut hidup) 2 bulan yang lepas. Dalam 2,3 minggu ni, parut surgery tu bertukar menjadi gatal dan luka akibat kulit sy yg sensitif dan juga menggaru. Selepas sy amalkan minum ESP, alhamdulillah, luka tersebut kering dan gatal-gatal pun hilang tanpa apa-apa ubat doktor. Memang sangat kagum! :)

Ujie Rusti
salam,nak kongsi sikit pengalaman menggunakan 3M, sekarang dah masuk 3 minggu menggunakannya, hari pertama minum ESP terasa semua urat2 kat 'kilang susu' berdenyut2,terasa seperti susu nak keluar sangat2. Waktu malam anak menyusu sampai tercungap2 sbb terlalu bnyak susu agaknya n akhirnya bby tidur dengan nyenyak. pagi2 bangun terasa beratnya, n terus pam susu, selalu kalau pam dapat 3oz je, tp kali nie penuh satu botol 5oz. seronoknya tgk botol tu penuh. Alhamdulillah rezeki kat anak. sekarang rasanya kilang susu tak pernah kosong, sentiasa penuh je, boleh pam bila2 masa sahaja


Nak tahu vitamin mana yg bersesuaian dgn budget dan masalah anda? Sila hubungi saya di :

H/P: 012-3794525 atau 
Email: nshafez@gmail.com atau 
FB : Noor Shafiza untuk sebarang pertanyaan.

Wednesday, 11 July 2012

Hemoglobin Meningkat Dalam Masa 2 Minggu, Tanpa Ragu-ragu Berpantang Dengan Set Bersalin Shaklee!

Kehamilan menuntut seseorang ibu sentiasa kuat & cekal dalam menghadapi hari2 sebelum kelahiran bayi yg comel. Pengalaman seseorang ibu juga berbeza tak kira pada 1st trimester (masa ni selalunya morning sickness melanda), 2nd atau 3rd trimester. Yang sangat perlu diberi perhatian ialah pada trimester awal iaitu di mana pada peringkat ini, bayi sedang terbentuk. Maka pemakanan si ibu adalah amat penting agar kejadian bayi diharap sempurna fizikal & mental. Insya allah... 

Ikuti kisah Tuty yg mula mengambil Vitamin Kehamilan Shaklee untuk membantu meningkatkan tahap Hemoglobin darah semasa mengandung anak sulung. Kisah ini dipetik dari blok buahatikusayang.

*************************

Kisah cinta saya dan Shaklee bermula pada awal tahun 2011 semasa saya mencari supplement untuk membantu meningkatkan tahap hemoglobin (HB) saya. Oh, masa itu saya sedang mengandung 7 bulan dan pemakanan supplemen diwajibkan untuk menjamin pertumbuhan bayi di dalam perut saya. Pada mulanya saya hanya mengambil supplemen yang diberikan oleh Kl**ik Kesi**tan secara PERCUMA di tempat saya untuk meningkatkan bacaan HB tetapi tiada perubahan walaupun setelah sebulan berlalu.

Saya mencari alternatif lain dan alhamdulillah telah dipertemukan dengan Shaklee yang saya kenali di blog genkimomma secara tidak sengaja. Itulah kuasa carian enjin google. Mungkin anda juga berjumpa dengan mychibibox dengan cara yang sama. Secara jujur, saya telah jatuh cinta dengan Shaklee dan meneruskan pengambilan vitamin Shaklee sehingga sekarang. Saya tidak sayang untuk memperuntukan sedikit bajet untuk menyediakan payung kesihatan saya sebelum hujan sakit menimpa saya.

Terlupa pula, bacaan HB saya telah meningkat melepasi tahap normal setelah 2 minggu mengambil Shaklee. Tentulah gembirakan sebab tidak perlu ambil darah lagi. Badan saya pun terasa lebih sihat dan sangat bersemangat

Bayangkan selepas bersalin pada pukul 4 petang, saya tidak terus tidur keletihans ebaliknya bagai ada satu aura yang membolehkan saya berjaga sehingga pukul 11.30 malam

Semasa berpantang juga saya mengamalkan vitamin Shaklee kerana tidak mahu mengambil jamu yang boleh membawa kepada masalah bayi jaundice, susu badan kering dan paling penting, saya tak suka baunya. Jururawat juga memuji luka jahitan *tut* saya yang beransur elok dan cantik selepas 4 hari melahirkan permata hati, Amni-chan. Jiran saya pelik kerana saya sangat aktif seolah-olah bukan seperti orang dalam berpantang.

Apa yang saya suka tentang Shaklee???

•Saya sangat bertenaga pada trimester ke 3 sedangkan saya mengalami alahan yang teruk masa 5 bulan pertama. Bayangkan kalau apa yang dimakan semuanya akan dikeluarkan balik. Badan pun sudah tentu menjadi lemah.

•Saya tidak jatuh sakit akibat keletihan sepanjang tempoh berpantang walaupun kekurangan masa tidur yang kadangkala hanya 4 jam sehari.

•Badan Amni-chan sangat tegap sejak hari dilahirkan dan dipuji oleh ibu serta rakan-rakan yang datang melawat. Bayangkan baru sejam lahir, Amni sudah menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan. Inilah penangan BAYI SHAKLEE.

•Saya rasa selamat mengambil Shaklee kerana tiada gel silika yang biasa kita temui di dalam kotak kasut dan sebagainya. Semasa saya bekerja di kilang dahulu, gel silika diletakkan untuk menyerap kelembapan di dalam bungkusan.

•Dan banyak lagi kelebihan Shaklee yang saya akan kongsikan..

*************************

Wah...betul ke apa yg Tuty rasa ni? Tak cuba tak tau. Bila dah tau mesti terus jatuh cinta!

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Boleh hubungi saya di 012-3794525 atau emailkan ke nshafez@gamil.com atau FB saya : Noor Shafiza untuk sebarang pertanyaan. 

Tuesday, 3 July 2012

Produk yang sungguh berkesan untuk ibu yang menyusu kerana saya mengalaminya sendiri.

Set Penyusuan SHAKLEE


Kepada bakal ibu atau ibu yang menyusu, kami menyediakan pelbagai variasi set penyusuan yg semuanya mengikut keperluan & kemampuan serta bajet anda. Untuk memudahkan anda membuat pilihan terbaik, saya berikan ringkasan seperti di bawah ini:

* Set B - basic bf set 

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. 

Siapa yg perlukan Set B?

1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/ perah hasilnya melebihi 3oz.
2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susuibu.
3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.


Apa yang ada dalam set B ?

Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

* Set E 

Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. 

Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? 

1. Ibu yang sering keletihan melampau.
2. Ibu yang alah dengan susu lembu.
3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.
4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.
5. Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. 


Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

* Set 3MSet ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. 

Ia menjadi set PALING LARIS. Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?

1. Ibu kepada bayi kembar
2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
3. Ibu yang nak kumpul stok.
4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.


Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

Set Eu Four Pack*

Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C & Ostematrix.

Set ini disarankan kepada:

1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susuibu.
2. Ibu yang keletihan.
3. Ibu yang anaknya mempunyai yang alah pada herba.
4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.


Setiap set mempunyai aturan makan yang berbeza. Maka kami menyediakan konsultasi untuk pengambilan makan dan panduan jadual pam bagi memudahkan ibu-ibu.

Konsultasi disertakan untuk mereka yang mendapatkan produk dari saya sahaja.

credit
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Nakkan tips lain?

Boleh hubungi saya di:
H/P: 012-3794525 atau 
Email: nshafez@gmail.com atau 
FB : Noor Shafiza untuk sebarang pertanyaan. 

Tuesday, 6 March 2012

Arini bawa Bekal!!


Mlm tadi tgh masak tuk Ammar Faris, terasa nak masak lebih (ermm...baik aku bawa bekal esok)...
Aku masak ikan sekor tu mana boleh Ammar Faris habiskan..baik aku bawa separuh...
So pagi tadi bagun awal2 siapkan dua bekal (tuk aku ngan Ammar Faris)
hehehehe..geli ati plk tgk lauk pagi ni. Lauk Ammar Faris mcm lauk aku (blh ke dia mkn ni) padahal dia baru umur setahun lebih...hihihi

Sblm nak masak ikan masak kicap ni, aku sempat gak buka buku masakan kt atas peti ais..Padahal senang je masak ikan kicap ni (saje nk double confrm..hehehe)..
Erm...xkn nk mkn ikan je..aku pn masak sayur bayam skali..mana tahu Ammar Faris xnak mkn ikan kicap tu ada backup sayur...
Nmpk dlm gmbr tu mcm best je kn..kn..hehehe..
Tp mmg best pn....(puji diri sndri)

Sunday, 4 March 2012

Cara menyimpan perahan susu

Credit to kak Nadiah. Ibu sangat suka dengan entry beliau ini. Semoga ianya dapat dimanfaatkan oleh mereka yang baru dalam bidang ini.
 Soalan 1:
Berapa lama susu saya boleh bertahan:-
a) Suhu Bilik
b) Peti Ais (Satu Pintu)
c) Peti Ais Bawah ( 2 Pintu)
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu)
e) Deep Freezer

 Jawapan :
Lama mana bertahannya susu ibu bergantung kepada suhu peti ais, cuaca di Malaysia dan juga kekerapan kita membuka tutup peti ais...banyak pendapat mengenai soal berapa lama susu boleh bertahan ini, jadi jawapan ummi ini telah ummi sesuaikan dengan suhu di Malaysia dan juga base pd kekerapan kita membuka tutup pintu ais dan juga pengalaman ummi sendiri (setelah dibuat experiment n error berkali2)...so inilah jawapan ummi yang ummi rasakan paling sesuai :-

 a) suhu bilik - bertahan selama 4 jam atau paling lama 5 jam sahaja (ummi dah buat experimen pun sbb ummi expressing pumping...
 b) Peti Ais (1 pintu) - bertahan paling lama adalah 2 minggu sahaja...kerana suhu bg peti ais satu pintu tidak sama dengan yg 2 pintu..Ini kerana peti ais 2 pintu jika di buka pintu bwh, susu di bhg atas tidak berubah sedangkan peti ais satu pintu merangkumi kedua2 bhg sekaligus...
c) Peti Ais Bawah (2 Pintu)- bertahan paling lama 72 jam tetapi ummi lebih suka amalkan 48 jam sahaja.
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu) - bertahan paling lama 3-6 bulan (bergantung kepada kekerapan membuka pintunya...semakin kerap semakin kurang jangka hayatnya..ummi ambil 3 bulan sahaja...
e) Deep Freezer - bertahan paling lama 6-12 bulan (lamakan...subhanallah)...juga bergantung kepada kekerapan pintunya di buka...* setiap kali peti ais dibuka suhu akan berubah..

 Dan just tambahan, susu dari freezer yang telah di cairkan (thawed)...hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam dari ianya cair sepenuhnya...dan apa yg ummi paparkan di atas hanyalah sebagai panduan sahaja...apapun sekiranya susu kalian masih tidak berbau dan tidak berubah rasa(kita lbh tau dah basi ke belum)...so, walaupun sudah terlebih tarikh ianya masih selamat digunakan, insya allah...
Dan harus juga ummi ingatkan bahawa susu yg di simpan di bahagian dalam peti ais lbh better dr yang di simpan di tepi pintu peti ais...

 Soalan Kedua :-
Berapa lama susu yang telah di panaskan boleh di gunakan?

 Jawapan :-
Ummi lebih suka bahagikan kepada 2 keadaan :
a) Susu fresh (susu yg di sejukkan di bahagian bawah) - (selepas di panaskan) jika baby dah minum, bertahan selama 1-2 jam dan jika baby tak minum lagi, bertahan 3-4 jam..
b) Susu beku (Thawed) - (selepas di panaskan) - bertahan sejam sahaja dan sekiranya tidak habis perlu dibuang... Susu yang telah diminum baby tidak boleh di gunakan semula kerana air liur/siliva baby juga ada bacteria dan enzyme...dan mengapa susu beku bertahan sekejap berbanding susu fresh...kerana proses pembekuan tuh sebenarnyer mengubah/memusnahkan beberapa komponen dlm susu...

 Soalan ketiga:-
Bagaimana cara terbaik untuk panaskan susu ibu?

 Jawapan :-
Sebenarnya the best way adalah dengan merendam botol susu ke dalam air suam selama 2 atau 3 kali sehingga suhunya menyamai suhu badan..dan sekiranya ingin memudahkan kerja boleh juga di panaskan menggunakan warmer...dan harus ummi ingatkan JANGAN panaskan susu dengan merebus susu dengan air yg menggelegak,menggunakan microwave dan melebihi suhu 70 degree celcius...ini akan merosakkan khasiat yang terdapat dalam susu tersebut...

 Soalan ke empat :
Boleh kah saya mencampur2kan susu jam 2 ptg dengan 6 ptg??

 Jawapan :-
Sebenarnya ummi tidak berapa advise untuk susu di campur2kan...tetapi sbg panduan kerana kuantiti pengepaman adakalanya tidak sama...kdg2 sedikit2 dan adakalanya banyak...so, jawapan ummi ialah BOLEH...syaratnya susu2 yg di campurkan itu hendaklah dalam tempoh 24 jam sahaja (maksudnya masa perahan tarikh yg sama-24jam)..dan syarat kedua susu yg baru di perah hendaklah di sejukkan terlebih dahulu dalam bekas lain sekitar 2-3 jam...apabila suhu kedua2 susu yg ingin di campurkan tersebut telah sama...baru lah boleh di campurkan kedua2nya...

 Soalan kelima :-
Bolehkah susu yg saya baru perah, kemudian saya berikan anak saya minum...tetapi tidak habis...bolehkah saya simpan bakinya di dalam peti ais dan saya panaskan semula untuk di gunakan???

 Jawapan :-
Actually ummi tidak begitu menggalakkannya tetapi base pd experience ummi sendiri..BOLEH...syaratnya begini...(untuk mudahkan kefahaman ummi bg contoh ye)..kita pam dapat sekitar 4 oz...asingkan 2 oz untuk anak minum dan 2 oz standy(kalau tak cukup)...so, susu yg belum di minum ini masih boleh di sejukkan dan di panaskan semula untuk di gunakan...dan bg yg telah di minum..ummi tak galakkan...sbb campuran air liur baby turut mengandungi bakteria dan enzyme...so, kita lbh tau banyak mana anak kita perlukan...asingkan siap2 ok...

 daripada : Ibu Addin Nasa

Tuesday, 28 February 2012

Susui bayi seawal mungkin

TIDAK dapat dinafikan segala perancangan penyusuan bayi harus bermula dari peringkat awal iaitu semasa mengandung yang mana si ibu perlu melengkapkan dirinya bukan saja dengan pemakanan seimbang tetapi juga melengkapi emosi diri. Namun, ramai juga ibu yang sering tertanya-tanya kaedah untuk menghasilkan susu yang banyak supaya tidak perlu dicampur dengan susu formula. “Pemakanan seimbang yang tinggi kalsium seharusnya diteruskan ketika menyusukan bayi untuk memenuhi keperluan zat dan tumbesaran bayi. “Malah, si ibu terbabit perlu menyambung pengambilan vitamin prenatal dan minum air yang mencukupi untuk menampung kedua-dua ibu dan anak,” kata Pakar Kanak-Kanak, KPJ Seremban, Dr Wan Maziah Wan Mohamed. Selain itu katanya, si ibu juga memerlukan waktu rehat yang mencukupi dan perlu sentiasa berada dalam keadaan tenang. Ia mungkin tidak begitu mudah jika si ibu berkenaan perlu juga menjaga anak yang lain oleh itu, sokongan keluarga sangat penting. Kadangkala si ibu juga perlu mengambil ubat untuk masalah kesihatan lain justeru, mereka seharusnya merujuk kepada doktor untuk memastikan ia selamat digunakan sewaktu proses penyusuan (laktasi). “Menyusu bayi seawal mungkin (sebaik-baiknya dalam jam pertama selepas bersalin) akan membantu pengeluaran susu lebih cepat dan banyak. “Ini disebabkan setiap kali bayi menyusu, ibunya akan dirangsang dan pengeluaran hormon prolaktin dan oxytocin akan membantu menambah susu,” katanya. Oleh itu katanya, lebih kerap bayi menyusu pada peringkat awal, lebih cepat terhasil pengeluaran susu yang mencukupi. Namun, jika bayi diberi susu formula untuk menampung keperluan bayi pada minggu pertamanya, rangsangan kepada si ibu menjadi kurang dan pengeluaran susu ibu juga akan tergendala. Malah, manfaat susu ibu untuk memberi perlindungan kepada usus bayi berkenaan juga akan terjejas kerana koloni bakteria baik akan berkurangan. Di samping itu, Dr Wan Maziah berkata, pemberhentian susu ibu lebih awal ataupun tidak menyusu ibu dikaitkan dengan risiko lebih tinggi untuk si ibu menghidap penyakit kemurungan selepas bersalin (postpartum). Kemurungan postpartum ialah ketidakseimbangan kimia yang secara amnya berlaku antara dua hingga lima minggu selepas seseorang wanita melahirkan anak. Tekanan perasaan tahap kedua ini dikategorikan sebagai sederhana, juga dikenali sebagai kemurungan dan biasanya dialami sekitar 10 hingga 15 peratus wanita bersalin. Masalah kemurungan ini boleh berpanjangan jika tidak dirawat. Selalunya, ia menyerang dalam tempoh pantang atau enam bulan pertama selepas bersalin. “Antara gejala kemurungan ini adalah rasa sedih berpanjangan, rendah diri dan berasa dia bukan ibu yang baik bagi anak dilahirkan, tidak boleh menumpukan perhatian, letih dan tertekan, kurang selera makan serta sukar tidur malam. (aku pnh rasa perasaan ini semasa melahirkan Ammar Faris dulu) “Namun, masalah ini boleh dirawat melalui perubatan dan terapi jika berjaya dikesan pada peringkat awal. Tetapi paling penting adalah sokongan keluarga terutama suami yang banyak membantu menangani gejala ini daripada berterusan,” katanya. Baginya, menyusukan bayi dengan susu ibu adalah salah satu langkah bijak yang boleh diambil sepanjang proses tumbesaran anak. Katanya, banyak kajian dilakukan sama ada menggunakan kaedah epidemiologi dan teknik makmal yang canggih menunjukkan terdapat banyak manfaat terhadap penggunaan susu ibu kepada anak jika ia diberikan sejak awal kelahirannya. Antaranya merangkumi faedah kesihatan, imunologi, perkembangan dan tumbesaran anak, psikologi serta faktor sosio ekonomi namun begitu, masih ramai golongan ibu yang tidak menyusukan bayi mereka secara khusus. “Keadaan ini mungkin disebab�kan masih ramai tidak mengetahui atau tidak begitu yakin dengan khasiat susu ibu ataupun disebabkan proses menyusukan anak memerlukan dedikasi dan disiplin yang tinggi daripada kedua-dua ibu bapa. “Ada golongan ibu yang melihat penyusuan susu ibu hanya dilakukan oleh orang kampung saja lantas mereka enggan meneruskan penyusuan apatah lagi adanya pelbagai faktor kekangan seperti kerjaya,” katanya. Menurutnya, penyusuan ibu sebaik-baiknya secara eksklusif dilakukan selama enam bulan dan diteruskan hingga satu tahun untuk meraih sebanyak mungkin manfaat daripadanya. Apakah sebenarnya khasiat susu ibu? Kenapa ia dikenali sebagai makanan terbaik bagi bayi dan digunakan sebagai ‘standard emas’ untuk pembuatan susu formula? Dr Wan Maziah berkata, susu ibu adalah satu produk ‘hidup’ yang mengandungi pelbagai antibodi, enzim dan hormon yang tidak mungkin mampu dihasilkan secara buatan. Malah, kandungan susu ibu berkenaan berbeza mengikut individu dan peringkat perkembangan mereka. Disebabkan itu, golongan ibu mengeluarkan susu paling sesuai untuk bayi mengikut kematangan bayi mereka dan kesan daripada penyusuan susu ibu ini akan kekal hingga dewasa. “Kajian menunjukkan penurunan risiko penyakit akut otitis media, cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan yang teruk, dermatitis atopi, asma (kanak-kanak), obesiti, diabetes jenis 1 dan 2, leukemia, sindrom kematian mengejut bayi dan necrotising enterocolitis. “Malah, tidak dinafikan masih banyak lagi kajian sedang dilakukan untuk mengenal pasti kandungan lain susu ibu dan khasiatnya yang mampu mempengaruhi tumbesaran terbaik bagi bayi,” katanya. Manfaat penyusuan ibu bukan hanya tertumpu kepada bayi kerana ia membentuk jalinan rapat antara si ibu dan bayi. Proses berkenaan juga berupaya mempercepatkan pengecutan rahim kepada normal selain boleh mengurangkan berlakunya diabetes jenis 2, osteoporosis, kanser payudara dan kanser ovari. “Malah, penyusuan ibu juga baik daripada segi sosio ekonomi kerana selain diperoleh secara percuma, ia juga menjimatkan kos rawatan hospital disebabkan anak lebih sihat. “Anak yang sihat mempunyai minda lebih cerdas serta mampu menjadi insan lebih sempurna, berjaya dan menghasilkan generasi akan datang yang lebih cemerlang,” katanya. Selepas ibu mula bekerja, disarankan supaya si ibu meneruskan penyusuan susu ibu dengan cara menyimpan perahan susu dalam peti sejuk beku dan digunakan bila perlu ketika waktu bekerja. Selain itu, tekanan pekerjaan juga boleh mengurangkan pengeluaran susu, namun terdapat ubat yang boleh membantu menambahkan susu tetapi golongan ibu seharusnya mendapat nasihat daripada doktor sebelum mencubanya. Pengambilan ubatan untuk menambah susu seperti ini harus digunakan sebagai langkah terakhir jika semua ikhtiar yang dilakukan tidak berhasil dan diingatkan, rangsangan terbaik masih daripada bayi yang menyusu badan. “Terdapat juga keadaan tertentu seperti masalah kesihatan yang memaksa golongan ibu untuk memberi susu formula. Si ibu terbabit perlu memilih susu formula yang tidak membuatkan bayi sembelit atau cirit-birit serta tidak menimbulkan alahan. “Jika keadaan ini berlaku maka si ibu tidak perlu bersedih kerana tidak mampu memberikan makanan terbaik (susu ibu) kepada bayi kerana bayi masih lagi mampu membesar sebaiknya jika cara dan langkah yang dilakukan mengikut aturan yang betul,” katanya.

Thursday, 23 February 2012

Sape nak Tolong lipat nieee!!!!!





Arini ni lbh kurang 3 minggu aku xlipat baju..


Waaaaa...hebatnye..klu mak aku tahu mesti dia mengucap pnjg..hehehe


Nk wat mcm mak..xde msa nk lipat..penat...hehehe


My huby plk asyik nanti2 je..haaaa..smpai tinggi gunung dh bju tu..


Tp minggu lps terajin plk..tp lipat baju anak je..


Senang..kecik..mudah je nk lipat...


Erm...klu ada mesin blh lipat kn senang...hahahaha


xpelh..tgk ari minggu ni..adakah aku berjaya lipat sume baju...


or msh mcm tu gak...or makin bertambah.....


Ermmmmm..sape nk tolong yekkkk!!!!
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget