Followers

Monday, 2 November 2015

Berat badan turun dengan Jus Sengat Dara

Assalamualaikum / Selamat pagi puan😊

Sihat?

Berat badan dah turun lepas bersalin?

Baru ni, kami ada buat SURVEY untuk tips favourite. Tak sangka plak, ramai mommies mahukan tips untuk kurus 😉😉

Hari ni, saya nak SHARE 👇👇👇

11 Amalan Diet Untuk Kurangkan berat badan selepas bersalin.

1. Amalkan makan bijiran, oat
2. Minum yogurt
3. Minum green tea
4. Makan mengikut jumlah kalori diperlukan selalu.
5. Menari @ gerakan badan tiap malam
6. Makan buah-buahan segar .
7. Eat healthy foods only
8. Kena ingat kita makan bukan untuk kepuasan tetapi makan untuk sihat.
9. Bangun awal pagi dan jangan skip breakfast walaupun kita tak rasa lapar.
10. Elakkan atau kurangkan makanan fast food. fast food la pembawa kegemukkan.
11. Amalkan #JusSengatDara untuk kekal bertenaga

Boleh amalkan ?

Dibawah ni saya share komen pengguna jus yang BERJAYA turunkan berat badan. 👇👇👇

Sunday, 1 November 2015

PIL PERANCANG UNTUK IBU MENYUSU

Ada ibu bertanya, apakah pil perancang yang sesuai kepada ibu menyusu?, yang tak mempengaruhi penghasilan susu ibu.

Sebab ada yang notice susu mula merudum sejak mula mengambil pil perancang. Ini boleh menyebabkan ibu stress. Bila stress makin berkuranglah susu nya.

Sabar mommies, cari penyelesaian dulu. Menurut pakar dari PPUM dan merujuk kepada perkongsian Prof Madya Dr. Harlina Siraj, jenis pil/ubatan yang sesuai bagi ibu menyusu adalah dari jenis Progesterone - only Pill (POP).

1. Progesteron dan estrogen dengan prolaktin.

Jenis pil/ubatan yang mengandungi kandungan estrogen di dalamnya akan menyebabkan penghasilan susu terganggu. Ini kerana hormon estrogen berkadar songsang dengan hormon prolaktin yang berfungsi penting dalam penghasilan susu.

Jika estrogen dalam badan rendah, maka kadar prolaktin tinggi = penghasilan susu ibu tidak terganggu.

Jika estrogen dalam badan tinggi (kerana pengambilan pil/ubatan mengandungi estrogen), maka kadar prolaktin menurun = penghasilan susu ibu terganggu / berkurang.

Contoh pil/ubatan jenis Progesteron sahaja adalah Noriday.

2. Suntikan (depo) / implan.

Jika anda mengambil keputusan untuk mendapatkan suntikan/implan, jenis ubatan yang dimasukkan juga hendaklah jenis progesteron sahaja juga.

3. Jumpa doktor/pakar.

Dapatkan nasihat dari doktor / pakar terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang jenis pil perancang jika anda masih ragu-ragu. Jenis pil/ubatan yang diambil mestilah sesuai dengan kesihatan tubuh anda dan breastfeeding-friendly.

Perhatian: Jika anda mengalami susu merudum/ kenaikan berat badan baby tidak konsisten selepas pengambilan pil/ubatan perancang kehamilan, hentikan pengambilan pil perancang buat sementara dan monitor penghasilan susu / kenaikan berat badan bayi anda. 

Nota :
Kehamilan memerlukan keadaan kesihatan dan tubuh yang sangat baik, kerana setiap wanita hamil melalui perubahan fizikal yang melemahkan. Seperti firman Allah: 

"Dan Kami telah memerintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkan dengan susah payah pula...." [Surah Al-Ahqaf, ayat 15]

Sheikh Yusuf Al-Qardawi menyatakan dalam bukunya The Lawful and the Prohibited in Islam:

"Jarak kelahiran yang ideal adalah tiga puluh bulan, atau, jika ada yang mahu menyusukan bayi selama 2 tahun penuh, kemudian tiga puluh tiga bulan. Merujuk kepada Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 233."

Merancang kelahiran anak tidak terlarang dalam Islam. Adapun cara yang disarankan Nabi s.a.w. kepada sahabat adalah dengan kaedah berazal. Diriwayatkan:

"Dari Jabir, bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu berkata: "Sesungguhnya saya mempunyai seorang jariah (hamba). Dia menjadi pelayan dan penyelia air kami, sedang saya bersetubuh dengan dia, tetapi saya tidak suka dia hamil." Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Berazallah darinya jika engkau suka. Sesungguhnya akan terbit darinya apa yang sudah ditakdirkan untuknya." [Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Dawud]

Jadi, ibu yang ingin hamil lagi perlu memastikan diri dalam keadaan yang terbaik supaya dapat menyediakan rahim yang kuat dan kesihatan tubuh yang jitu untuk hamil lagi.

Bagi ibu yang mengalami masalah lemah rahim atau condition kesihatan yang tidak mengizinkan anda hamil dengan kerap, amalkan pemakanan yang sihat dan dapatkan nasihat doktor untuk kaedah perancangan keluarga yang terbaik untuk anda.

Rujukan:
1. PRISMA 2015, Prof. Madya Dr. Harlina Siraj
2. Unit Laktasi PPUM
3. Amalan & Nasihat Bagi Ibu Hamil, Fatimah Hj. Omar.
4. OnIslam, Fatwa on Birth Spacing.
5. Abdel Rahim Omran: Family Planning in the legacy of Islam (cited article).

Credit : blog cikgu susu

Wednesday, 28 October 2015

Masalah tombong ( rahim jatuh)

" Kak, saya nak bagitau ni... akak ingat tak saya pernah cerita pasal saya ada masalah rahim jatuh. " - sapa Liza masa kami terserempak di pasaraya.

"Aah... ingat. Awak ada cakap kat akak aritu, sampai berguling2 sakit perut. Sakit pinggang lagi. Macam mana sekarang?"

"Itu yang nak cerita kat akak ni... masa akak suh cuba jus sengat tu, saya buat dengar tak dengar je. Bukan tak percaya pada akak, tapi saya dah FED UP nak cuba macam2 produk tapi tak berkesan. Harga masing2 boleh tahan. Nak maintain makan tu memang susah."

Sambungnya lagi...

"Tapi, satu hari ni, saya ada terbaca satu iklan fb tentang jus ni. Kebetulan pula, cerita testimoni tu sama plak dengan saya. Saya pun apa lagi, Whatsapp la laju2 seller tu. Bagus betul seller jus tu kak, dia bagi penerangan lengkap berdasarkan masalah yang kita hadapi. Rupanya, baru saya tahu, masalah RAHIM JATUH ni disebabkan masa PANTANG aritu, saya TAK JAGA betul2. Lasak sangat dan CULAS makan jamu yang mak saya buatkan. Sekarang padan muka sendiri kan!"

"Bila saya dah amalkan jus tu, SubhanaAllah kak... betul cakap akak. Sedap giler jus tu. Rasa macam minum jus delima asli. Kat bawah saya tu, sebelum ni macam ada BEBOLA nak terkeluar tapi sekarang dah TAKDE. Yang lagi best, lagi terasa gripnya, tak lah be-cak dan long.gar bila bersama. RISAU kak, campur MALU bila suami dok komplen..."

Fuhhh... panjang lebar Liza ni dok bercerita. Ngeri plak aku dengar cerita tom.bong ni. Walaupun, aku tak pernah mengalaminya, tapi dari pembacaan aku, ada beberapa KESAN kepada yang menghadapinya.

Antaranya:

+ Sukar kawal kencing
+ Gangguan hubungan in-tim
+ Sakit pinggang
+ Rasa seperti bebola di va*gina
+ Ke^putih^an dan len^dir yang banyak

Tom^bong ni terjadi apabila satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj.

Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran.

Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

---------------
Puan ada masalah yang SAMA seperti Liza?

Jangan segan silu, contact / whatsup sha 012.3794525

Tips Kekal Bertenaga Ketika Menyusukan Bayi

Puan yang menyusukan bayi seringkali merasa cepat lapar dan letih kan. Ini saya kongsi tips untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

1. Makan hidangan lengkap dari semua kumpulan makanan. Karbohidrat kompleks seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran yang berserat adalah sumber untuk tenaga yang berpanjangan.

2. Makan dalam saiz hidangan yang kecil tetapi kerap. Makan snek berkhasiat di antara waktu makan boleh membantu. 

3. Banyakkan minum air. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan lebih kurang 16 cawan air sehari, termasuk air yang sumber makanan jus atau minuman lain.

4. Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya serta kurangkan stres. Waktu menyusukan bayi adalah waktu rehat yang paling baik.

5. Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan metabolisme badan dan menghilangkan rasa lesu.

5. Ambil supplement. #JusSengatDara boleh membantu memberikan ekstra tenaga yang diperlukan oleh puan sepanjang hari.

Tuesday, 6 October 2015

Jamu yang tidak pahit dan sesuai untuk ibu yang mnyusu badan.

➔ Runsing mencari supplemen sesuai ketika berpantang?

➔ Risau jamu yang tidak sesuai jejaskan susu badan dan buat bayi panas?



Diri sendiri perlu jaga, bayi baru lahir juga perlukan jagaan. Bagaimana mahu berikan terbaik untuk si kecil jika susu ibu tidak keluar?

Mahu makan jamu perlu pilih yang sesuai. Tidak boleh sebarang, risau kesan kepada diri dan bayi...

Ada ke satu sediaan supplemen untuk bantu selesaikan semuanya tanpa kesan sampingan?

==========
Alhamdulillah...
Berikhtiar dengan makanan sunnah terbaik dan herba Kepulauan Melayu serta herba tradisi China
==========

Sudah ramai mendapat manfaat daripada Jus Sengat Dara.

Mengandungi 14 herba dan makanan sunnah terbaik seperti madu, habbatus sauda, delima, kacip fatimah, serbuk mutiara, goji, black cohosh dan lain-lain.

Tiada bahan kimia. 100% asli dan kaya dengan kebaikan herba. Diuji dan terbukti tidak mengandungi dadah.

Semua kebaikan herba-herba ini terkandung dalam satu botol.

Merawat dari dalam, bukan saja untuk menyembuhkan luka, tetapi juga untuk tenaga, kecantikan dan juga menambah susu.

==========
Ramai yang sudah mencuba dan merasai kesannya...
==========


- sekadar hiasan-

1. "Saya bersalin caesar, darah nifas keluar tidak sekata. Setelah consume 1 botol Jus Sengat Dara, darah nifas terus lawas."

2. "Saya susah untuk pakai bengkung kerana luka pembedahan. Minum JSD, perut tak buncit sangat. Bidan yang mengurut pun cakap RAHIM MENGECUT dengan baik."

3. "SUSU BADAN SANGAT MERIAH. Alhamdulillah, cukup untuk baby."

4. "MUKA semakin BERSERI, tidak pucat. Rasa complexion makin GLOWING."

5. "Badan rasa TAK PENAT dan letih sangat, walaupun berjaga malam susukan baby."

6. "Teruja dengan RASA YANG SEDAP. Macam minum jus buah saja. Tidak rasa macam makan ubat atau jamu."

==========
Mahu tahu lanjut?

➔ HARGA MAMPU MILIK
➔ Sudah ramai yang guna dan BERKESAN
➔ TIADA KESAN SAMPINGAN
➔ 100% natural

Segera hubungi untuk persediaan anda berpantang.

>>> SHAFIZA 012.3794525
 

Thursday, 1 October 2015

Susu badan banyak semasa berpantang

Bagaimana susu badan boleh jadi banyak?

Wanita yang lepas bersalin ni akan kehilangan banyak darah, 'urat banyak putus', kepenatan dll...kalau yang pernah bersalin tu tahulah rasa mcm mana baru lepas bersalin.
Jadi ‪#‎jussengatdara‬ ni boleh diminum selepas bersalin. Jus ini mampu menstabilkan hormon, memberikan tenaga dan memulihkan sel2 dalaman wanita selepas bersalin. Jika badan telah pulih dan bertenaga, maka susu badan akan terhasil dengan banyak.
 
Sebab tu wanita anyg minum Jus Sengat Dara semasa berpantang akan mengadu susu badan terlampau banyak, muka berseri (nampak macam bukan org berpantang) dan bertenaga.
Wanita yang tak berpantang pun boleh minum sebagai suplement tambahan.


 

 

 
 
Hubungi SHAFIZA untuk keterangan lanjut 012.379.4525
 
 

Wednesday, 30 September 2015

Susu badan terlalu banyak 'Oversupply'

Dapat menghasilkan susu yang banyak dan meriah sebenarnya sangat bagus dan menjadi idaman kebanyakan ibu menyusu. Tetapi, apa yang kita tidak tahu, apabila penghasilan susu ibu terlalu banyak ia berpotensi menyebabkan penyusuan tidak lancar dan tidak selesa kepada ibu dan bayi jika ibu tidak dapat mengendalikannya dengan betul.



Antara simptom yang dialami oleh ibu dan bayi yang mengalami keadaan oversupply:

1. Bayi kerap menangis dan kelihatan restless.

2. Bayi kerap tersedak, terbatuk dan tercungap-cungap semasa menyusu, kadangkala kelihatan marah semasa menyusu.

3. Bayi berhenti menyusu dan menggigit atau kemam puting ibu.

4. Bayi melepaskan lekapan semasa menyusu dan kelihatan susu memancut laju dari puting ibu.

5. Ibu mengalami luka pada puting.

6. Bayi kerap berhenti dan menyusu semula dalam 1 sesi penyusuan, (on and off feeding).

7. Bayi menyusu dalam tempoh yang singkat pada kedua belah breast, i.e. kerap tukar side, sekejap kiri sekejap kanan.

8. Najis bayi hijau, sangat cair dan berbuih-buih.

9. Breast ibu rasa penuh/full dalam kebanyakan masa.

10. Ibu mengalami bengkak susu / mastitis yang berulang-ulang.

Ibu yang oversupply menghasilkan susu yang lebih banyak daripada keperluan bayinya. Situasi oversupply boleh menyebabkan aliran susu menjadi terlalu laju (forceful letdown / forceful milk ejection). Keadaan inilah yang menyebabkan bayi kerap tersedak atau tercungap-cungap semasa menyusu dan juga simptom-simptom yang telah disebutkan di atas.

Ada ibu yang bertanyakan saya, bagaimana untuk mengurangkan penghasilan susu kerana susu sudah terlalu banyak untuk anak dan anak-anak susuan.

Ada juga yang kerap ke hospital mendapatkan rawatan untuk mastitis (radang payudara) yang sentiasa berulang-ulang.

Ada pula yang stress setiap kali menyusu, kerana anak asyik tersedak dan kerap menukar side ketika menyusu.

Semua ini memberi pengalaman yang tidak gembira atau boleh jadi memeritkan kepada ibu.

Bagi ibu yang mengalami masalah di atas, monitor dahulu penghasilan susu anda. Tidak semua ibu benar-benar menghadapi over abundant milk supply.

Jika anda merasakan penyusuan tidak berjalan lancar dan kerap mengalami mastitis, anda boleh mengamalkan kaedah di bawah untuk memastikan penghasilan susu lebih terurus:

1. Block feeding.

Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.

Susukan bayi pada 1 belah breast sahaja dalam 1 sesi penyusuan untuk jangka masa 2-3 jam. Offer side yang sama untuk penyusuan yang seterusnya. Monitor reaksi bayi pada sesi penyusuan yang kedua itu. Bayi sepatutnya kelihatan lebih selesa kerana aliran susu mula perlahan pada payudara itu.

Jika anda merasa tidak selesa pada payudara yang tidak diminum bayi, gunakan pam susu atau perahan tangan untuk ekspres sedikit susu cukup untuk mengelakkan ketidakselesaan atau bengkak susu. Perah selama 5 - 10 minit sahaja.

Konsisten dengan kaedah ini selama 1-2 hari dan monitor penghasilan susu anda.

2. Kurangkan sesi memerah dalam 1 hari.

Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.

Contoh situasi: Jika jadual mengepam anda sebelum ini adalah 7 kali sehari, kurangkan kepada 5 kali atau 3 kali sehari sahaja. Caranya: Adalah dengan merangka semula jadual dengan 5 kali sesi perahan dan konsisten dengan jadual ini selama 1-2 minggu (sehingga penghasilan susu berada pada kuantiti yang anda inginkan).

Jika anda masih mengalami oversupply, rangka pula jadual mengepam dengan 3 kali sesi perahan sehari dan konsisten dengan jadual ini pada minggu ke-3 dan ke-4 (sehingga penghasilan susu berada pada kuantiti yang anda inginkan).

Cara ini akan memberi signal kepada badan anda supaya down-regulate atau mengurangkan penghasilan susu kerana berkurangnya demand kepada susu ibu.

3. Singkatkan sesi memerah.

Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.

Contoh situasi: Jika sesi memerah anda sebelum ini adalah 30 minit, pendekkan sesi memerah ke 10 / 15 minit sahaja. Cara ini akan menyebabkan breast tidak dikosongkan sepenuhnya lalu membenarkan kehadiran sejenis protein yang akan mengurangkan penghasilan susu iaitu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) dalam breast ibu.

Sesi memerah selama 10 / 15 minit sahaja adalah untuk mengelakkan ketidakselesaan atau bengkak susu pada ibu.

4. Panjangkan gap antara setiap sesi memerah.

Peringatan: Cara ini akan mengurangkan penghasilan susu.

Memerah dengan kerap akan menghasilkan lebih banyak susu. That's a basic demand vs supply.

Jika penghasilan susu terlalu banyak sampai anda dan baby tak dapat handle, kurangkan kekerapan memerah. Pam setiap 4-6 jam sekali. Breast yang tidak dikosongkan dengan kerap akan memberi signal kepada badan supaya memperlahankan penghasilan susu.

Suka untuk diingatkan bahawa penyusuan seharusnya memberi pengalaman yang bermanfaat dan bermakna kepada ibu dan bayi. Ia bukanlah sesuatu yang membebankan kepada anda berdua. Mempunyai penghasilan susu yang terurus (walaupun cukup-cukup makan) pun bagus, ada susu yang banyak dan meriah pun bagus. Yang penting ibu dan baby sihat dan happy.


credit : Blog Cikgu Susu
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget