Followers

Friday, 22 July 2011

Pesta Flora kembali lagi....

Tahun ni 2011, Pesta Flora lagi hebat...dulu msa aku pegi time aku mengandungkan Ammar..skrg dia dh 10 bulan..dapat tgk snri.tp aku msih mengandung lagi..ank kedua...hahahaha...
Klu dipikirkan balik..kelakar pn ada..dulu ngndungkan Ammar.Dia dh kuar aku ngndung pulak kali kedua..kali ni Pesta Flora lebih hebat..luas..smpai xlarat aku nk jln..Kebetulan mak ayah aku pn ada datang. Diorg datang sbb ada Exspo Koperasi..smbil tu jln2 ke rumah aku. Staylh 2 mlm ari tu...








Bolehkah saya pinjam RM 25.00?

Pada suatu hari, Si Ibu baru pulang ke rumah dari tempat kerja. Lewat dia hari ini. Dia keluar dari kereta dengan badan yang letih dan penat. Berada di depan pintu, anak lelakinya yang baru berusia 5 tahun.

Anak : “Ibu, boleh saya bertanya satu soalan?”
Ibu : "Ya, apa dia? “ jawab Si Ibu.
Anak : “Ibu, berapa banyak gaji Ibu untuk satu jam?”
Ibu : "Itu bukan urusan awak. Mengapa awak bertanya begitu? “ berkata Si Ibu dengan marah.
Anak : “Saya hanya mahu tahu. Tolong bagitahu saya, berapa banyak gaji Ibu untuk satu jam?
Ibu : “Jika awak nak tahu, gaji Ibu RM 50.00 sejam.”
Anak : “Oh,” dia menjawab, dengan kepalanya ke bawah.
Anak : “Ibu, boleh saya pinjam RM 25.00?”

Ibu amat marah.
Ibu : “Kalau sebab itu saja awak bertanya hanya nak membeli mainan atau benda-benda karut yang lain, baik awak balik bilik sekarang dan tidur sahaja! Cuba fikirkan perasaan orang lain? Kenapa awak selalu mementingkan diri sendiri? Ibu tidak bekerja keras setiap hari untuk benda kebudak-budakan itu! “

Si anak tadi senyap tidak terkata. Perlahan-lahan dia pergi ke biliknya dan menutup pintu.

Si Ibu duduk di atas sofa. Dia mula memikirkan tentang soalan anaknya tadi. Berani anaknya bertanya soalan-soalan itu hanya untuk mendapatkan sedikit duit?

Selepas kira-kira sejam atau lebih, Si Ibu itu telah mula reda, dan mula berfikir:

Mungkin ada sesuatu yang anaknya benar-benar perlu untuk dibeli dengan RM 25.00. Sebab anaknya itu jarang sekali meminta duit daripadanya .

Kemudian, Si Ibu melangkah ke bilik anaknya. DIbukanya pintu perlahan-lahan.

“Awak dah tidur ke? “ Soalnya.

“Belum lagi Ibu, "jawab Si Anak.

Ibu fikir, mungkin Ibu terlalu berkeras dengan awak sebentar tadi” kata Si Ibu. “Hari ni, Ibu sangat letih. Hari ini hari yang panjang untuk Ibu. Banyak kerja di pejabat tadi. Sebab itu Ibu pulang lewat. Mungkin Ibu melepaskan tekanan kepada awak tadi . Ini dia RM 25.00 yang awak minta. “

Si Anak duduk tegak, tersenyum. “Oh, thank you Ibu!” dia menjerit.

Kemudian, dia menyeluk tangannya ke bawah bantal. Dia menarik beberapa keping duit yang sudah renyuk.

Apabila Si Ibu melihat anak lelakinya itu sudah mempunyai duit, dia mula marah lagi.
Budak lelaki itu perlahan-lahan mengira duitnya, dan kemudian memandang pada Ibunya.

“Mengapa awak mahu lebih banyak duit kalau awak sudah ada? “ Si Ibu merungut.

“Kerana masih tidak cukup, tetapi sekarang sudah , “ budak kecil itu menjawab, sambil tersenyum.

“Ibu, saya mempunyai RM 50.00 sekarang. Bolehkah saya membeli satu jam masa Ibu? Sila pulang awal ke rumah esok. Saya ingin makan malam bersama Ibu. “

Si Ibu tersentak. Dia memeluk erat-erat si anak kecil itu, menitis air matanya. “Maafkan Ibu, nak..”

Ia hanya peringatan ringkas untuk anda semua yang bekerja keras dalam kehidupan. Kita tidak sepatutnya membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa perlu menghabiskan sedikit masa dengan orang-orang yang benar-benar memerlukan masa itu bersama kita. Iaitu mereka yang rapat dengan hati kita. Adakah anda fikir bahawa RM50.00 anda itu amat bernilai daripada anda berada dengan seseorang yang anda cintai?

Jika kita mati esok, syarikat yang kita bekerja dengan mudah boleh menggantikan kita dalam beberapa jam sahaja. Tetapi, keluarga dan rakan-rakan yang kita tinggalkan akan merasa kehilangan anda untuk sepanjang hidup mereka.

Note: Ditujukan juga pada suamiku...

Wednesday, 15 June 2011

Pengasuh baru Ammar



Arini dh msuk ari ke 4 Ammar ngn pengasuh baru.tp dia still nangis lg..rsa kesian pn ada..xpatut pengasuh lma bgthu last2 minit xdpt jga Ammar. Msa tu punyalh aku terkejut. Mana nk cri.Nsb baik aku jmpa pengasuh baru dia. Tp tiap kali aku anta msti dia nangis. Pengasuh tu kata dia nangis smpai ke ptg..ni yg buat aku xduduk diam ngn nk blk awal je..Ammar syg..mama arap sgt Ammar dpt jd bdk yg kuat, bijak..jgn nangis tau..mama susah ati tau.


Arini aku call lg..tnye perkembangan Ammar. Pengasuh tu bgthu dia dh kurang skit nangis. Tp bila tdor susah skit sbb Ammar dia tdor buai. Jd nk kena buai jer..aku rsa pelik gk sbb kt umh dia xtdor buai pn..ni msa pengasuh lma yg ajar dia tdor buai..agaknye dia pkai buai elektrik..kna enjut jer..cian plak kt pengasuh baru tu..smpai kata sush nk wt keje..jgn smpai dia xnk jga anak aku dh ler...si ayah dia plk kata nk sruh mak dia jaga..skit2 nk mak..skit2 nk mak...dia xpkir ke mak dia tu dh tua..dh xlarat..kesian plk tu..laki aku ni nk pkir senang jer....



Kdg2 aku terpikir nk benti keje jer.smpai mcm tu skali..tp mcm rugu plk..yelh hidup skrg bkn senang...sume nk kena cri rezeki...Ya ALLAH! tabahkan lh aku untuk menempuh dugaan ini..kuatkn semangat ku demi anak2 tercinta.

Monday, 6 June 2011

Cite aku blk kg....

Penat xilang lagi...blk dr kg Trg dgn cuaca yg panas..Ammar dapat batuk ngn selsema..kesian plk..tp xpuas blk kg aritu sbb byk lg mkanan yg xsempt aku nk mkan...tp aku nk ucapkan tahnialh kepada sepupu aku sebab 3hb Jun 2011 dia selamat menjadi isteri kepada suaminye(hehehe..xingt nama suami dia). Tp aritu mmg cuaca agak panas...dgn suami aku yg buat aku panas gk..ada ke dia kata blh plk aku lepak lma2 kt umh pupu aku tu (sbb aritu aku ms kwn dia kwin dia nk tunggu smpai kwn dia sanding..dhlh dtg kul 11..snding tghari..lama tu nk tunggu..ngn ank kecik lgi..aku gk kena layan)...blh plk dia nk banding ngn knduri kwin kwn dia...blh ke aku nk lepak dlm bilik kwn dia tu..ish2..xpatut dia ckp mcm tu...
aku ingt nk blk lgi bln 7 ni..maklumlh kena cutu sbb pengasuh Ammar cuti gk..bosanlh duk putrajaya ni....huhuhu..kpd anakku yg msih dlm kandunganku ni..mama minta maaflh..rsanye baby yg kedua ni aku rsa lain skit..perhatian pn kurang..dulu msa 1st mengandung bkn main lg..minum susu mahal lh..minum tulh..mkn nilh...ayah dia pn kdg2 kurang ngn yg kedua ni..mayb msa baby ni kuar nnti insyallah perhatian lebih..Ammar plk manja dia skrg dh lebih..kdg2 tu ayik nk berdukung je..dia jeles lh tu...hehehe..tp pape pn mama syg sume anak mama...tiada yang lebih atau yg kurang..insyallah..kali ini baby aku suka menendang2....aktif tul!!!...
Lagi satu aku ni asyik nk marah2 je..cuba nk kwal perasaan ni..tp kdg2 terlepas gk..yg jd mangsa suami aku...dh bape byk dosa aku kt dia..tp mmg aku xblh nk tahan..kdg2 tu ada rsa menyampah...(sory ye my huby)..sbb dia byk lukakan hati aku..dr dulu smpai skrg....tp nasib baik ada Ammar..pengubat hati lara ku...

Wednesday, 25 May 2011

apa yg aku harapkn....

hai...
dh lama sgt aku xupdate blog ni..
ermmm..smlm bezday aku...tp xrasa sronok pn...biasa jer...klu sronok pn sbb kwn2 wish kt fb ngn bg msg...tp kpd kwn2 yg wish tu thnks yer...
dulu bestlh..ada gk kwn2 nk wt party tuk aku..siap beli kek lagi..terharu betul...
adiah pn ada..siap dpt bunga lgi (yg ni dr secret admire)...hahaha...
nk wt mcm mana..umur dh meningkt..nk arapkn org tersyg dia bkn pndai pn nk romantik..klu dpt cupcake sebiji ngn lilin sbtg pn xpe....tp klu tuk org lain bkn main lagi, xkisah pn klu beli adiah mahal2..
aku bkn nk ungkit..tp....erm...xnk ckp lgi lh..wt dosa jer...
tp xpe...nnti aku blk kg..aku blh smbut ngn fmly aku..adik aku ada cdngn nk wt kt kg..bestnye!!!!

Monday, 4 April 2011

Fenomena luar biasa di Pantai Mexico B4 Tsunami Jepun

Ekoran gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter di luar pantai Sendai di Jepun 11hb March lalu, sebuah persisiran pantai di Mexico telah ‘dihadiri’ dengan sekumpulan besar ikan berbagai jenis. Antaranya yang dilihat adalah ikan sardin, ikan pelata, ikan bass dan ikan bilis. Kehadiran ikan-ikan tersebut membuatkan suasana persisiran pantai dilitupi dengan warna hitam gelap berminyak. Bagi nelayan di kawasan pantai Acapulco, ia bagaikan bulan jatuh ke riba. Mereka hanya menggunakan pukat, bakul dan apa sahaja yang tercapai untuk menangkap ikan-ikan tersebut. “Di sana dalam 20 hingga 30 orang nelayan bersama-sama anak-anak mereka mengambil kesempatan atas fenomena ini”, ujar Carlos Morales yang turut teruja menyaksikan fenomena pelik tersebut. Nelayan di sekitar kawasan tersebut yakin kejadian pelik ini berlaku kerana bencana Tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini. Walaubagaimanapun, para pakar tidak pasti kejadian ini mempunyai kaitan dengan Tsunami di Jepun. “Tsunami sememangnya boleh mengubah sesuatu, namun ia jauh untuk mendakwa ia ada kaitan(dengan tsunami di Jepun)”, kata Rich Briggs yang juga ahli geologi daripada U.S Geological Survey. Lihat gambar-gambar yang sempat dirakam di luar persisiran pantai Mexico:

Kpd suami2 di luar sana.....

Petikan dari majalah Pa & Ma...

Suamiku Pemalas !

“Suami sejak awal berkahwin sememangnya sangat berat tulang dalam membantu saya menguruskan rumah tangga. Saya tertekan dengan sikapnya itu. Apakah benar kata orang, sikap pemalas yang dimiliki suami berasal daripada didikan ibunya sewaktu zaman kanak-kanak yang tidak mendidiknya agar berdikari?

Pandangan Kaunselor :


Pepatah Melayu ada menyatakan; bagaimana acuan begitulah juga bentuk kuihnya. Tetapi ramai yang terlupa, ada tikanya kuih yang dibentuk oleh acuan tidak kekal bentuknya disebabkan adunan bahan yang ada tidak tepat menyebabkan bentuk berubah terus berbeza daripada acuan. Sama jugalah dengan sikap dan tingkah seseorang. Bererti tidak semestinya sikap malas suami yang enggan membantu kerja-kerja isteri di rumah bermula daripada sikap si ibu yang tidak membentuk anaknya agar rajin membantu. Satu perkara yang ingin saya kongsikan, cara hidup masyarakat Melayu sebenarnya membentuk situasi sebegini. Bukan semata-mata asuhan ibu. Masyarakat Melayu mendidik agar anak perempuan bertumpu di dapur sementara anak lelaki dengan kerja-kerja luar rumah. Amalan tradisi ini diperjuangkan tanpa sedar sejak turun temurun dan kini tika anak perempuan mula menjejak luar rumah, kebanyakan anak lelaki masih tidak dibenarkan ke dapur. Biar pun itu tradisinya, ia bukan sebab untuk suami enggan atau malas membantu isteri melaksanakan kerja-kerja di rumah. Setiap individu yang menjejakkan kaki ke dunia perkahwinan perlu faham dan maklum mengenai tanggung jawab yang perlu dilaksanakan di dalam perkahwinan. Mengemas rumah, memasak dan mencuci pakaian yang menjadi tugas rutin wanita sebenarnya bukanlah tanggung jawab isteri. Ulama menjelaskan; seandainya lelaki mengambil gadis dari rumah yang mempunyai pembantu rumah maka suami bertanggungjawab menyediakan pembantu rumah bagi membantu isterinya yang biasa dibantu dalam melaksanakan kerja-kerja rumah. Bezanya, segala kerja yang sinonim dengan wanita yang sebelum ini dikhususkan untuk tinggal dan menetap di rumah sahaja – jika dilakukan akan menjadi bonus kepada suami malah isteri sendiri kerana mampu menambah kasih sayang suami kepada isteri. Satu perkara yang menukarkan bonus ini kepada wajib dilakukan ialah apabila pekerjaan ini disuruh oleh suami setelah segala kelengkapan bagi menyelesaikan tugasan tersebut disediakannya. Sebagai contoh, jika suami belikan beras, ikan, sayur dan kelengkapan memasak yang lain kemudian suami perintahkan isteri memasak maka, isteri wajib memasak dan jika engkar, isteri boleh disabitkan sebagai nusyuz. Kembali kepada permasalahan ini; ada benarnya pendapat tersebut tetapi tidak tepat 100 peratus. Seperti huraian saya di awal jawapan, sikap sebenar bergantung kepada individu itu sendiri. Biarpun terdidik dengan cara ibu yang tidak biasakan anak lelakinya ke dapur tetapi jika dia sedar tentang peranan dan tanggung jawab yang perlu dipikul selepas memasuki gerbang perkahwinan, tiada alasan wajar yang boleh dipegang lagi. Setiap individu perlu sedar, di dalam sesebuah perkahwinan terdapat 3 siri tanggung jawab iaitu tanggung jawab tersendiri seorang suami (melayani isteri dengan baik, memberi nafkah zahir yang sempurna mengikut kemampuan, menyediakan rumah dan keperluan berkaitan, melayani keperluan seks, bersikap romantik, meluangkan masa bersama isteri, mewujudkan suasana ibadah di dalam rumah tangga, sentiasa tunjukkan wajah ceria, menjaga penampilan diri dan bersabar melayani kerenah isteri). Tanggung jawab tersendiri seorang isteri (taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan syariat, melayani kehendak seks, menjaga harga diri, suami dan keluarga, hormatkan suami dan menyenangkan hatinya) dan tanggung jawab bersama suami dan isteri (menjaga, membesarkan dan mendidik anak-anak serta bersama-sama menguruskan rumah tangga). Perkara paling utama ialah minta bantuan suami daripada awal perkahwinan. Insya-ALLAH jika sejak mula suami biasa membantu, tidak akan ada masalah di belakang hari. Masalahnya, ramai isteri yang mahu tunjuk hebat pada awal perkahwinan. Semua mahu dibuat. Lama-lama, suami yang terbiasa, sukar ubah perangai. Cara paling baik meminta suami menolong ialah dengan meminta dia menemankan anda melakukan kerja-kerja tersebut seperti ketika memasak. Mungkin suami mengelak kerana ingin berehat. Jangan marah, pujuk dengan lembut. Katakan, ada cerita menarik yang mahu dikongsi. Jika itu alasannya, pastikan anda benar-benar mempunyai cerita menarik. Jika mahu lipat baju, bawa baju-baju tersebut ke tempat di mana suami anda berada. Sambil melakukan kerja tersebut, luahkan rasa penat dan keseronokan jika suami dapat membantu. Jika dia pura-pura tidak dengar, anda perlu berterus terang, minta dia membantu secara berhikmah. Jangan mendesak atau mengarah! Suami memang pantang menerima arahan isteri. Sebaliknya mulakan dengan perkataan “tolong” dan ucapan dalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Jika anda terbiasa melakukan segala-galanya seorang diri, jangan bimbang! Mulakan daripada sekarang. Cara paling baik, luahkan hasrat hati anda yang pasti seronok jika suami dapat membantu menguruskan rumah tangga. Bila nak luah? Kata orang, masa paling baik ialah selepas sama-sama menyelesaikan hajat batin. Belai rambutnya, mainkan jari-jari di badannya dan cakaplah dalam nada suara yang lembut, mendayu dan merayu. Gunakan kuasa memikat anda sepenuhnya sampailah suami mengaku ‘YA’ akan tolong anda. Jika malam pertama gagal, cuba lagi malam esoknya dan jangan putus asa. Dalam masa yang sama, berdoa minta ALLAH SWT lembutkan hati suami. Isteri suri rumah sepenuh masa pun boleh cuba lakukan yang sama, sekurang-kurangnya suami membantu anda waktu hujung minggu. Dapat jugalah sesekali anda beristirahat. Kepada para suami, tugas menguruskan rumah tangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggungjawab isteri anda sahaja. Lakukanlah bersama-sama, insya-ALLAH akan bertambah semarak cinta.
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget