Followers

Tuesday 10 February 2015

Cara mencegah bayi kuning

Jaundis neonatal atau penyakit kuning bayi adalah suatu yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran. Lebih kurang 60% bayi matang dan 80% bayi pra matang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan oleh pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu bayi menyebabkan kulit dan mata putih bayi keliihatan kuning.

Kuantiti bilirubin yang sedikit didalam darah senang diproses dan dikumuhkan melalui hati, tetapi sekiranya ia terlalu banyak, ia akan sukar diproses dengan efektif dan jaundis akan berlaku.


Apabila tahap bilirubin terlalu tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-set otak. Sekiranya jaundis tidak di rawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus)

Sekiranya anak anda telah menerima rawatan fototerapi pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk mempastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.

Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan. Bayi yang mempunyai paras bilirubin yang terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran.


Mungkin petua dan amalam ibu mengandung ini dapat membantu ibu-ibu untuk mengelak jaundice :


1. Makan 3 sudu madu asli tanpa air atau air madu 5 sudu setiap hari.

2. Mengamalkan susu kambing 2 kali sehari semasa sarapan dan sebelum tidur.

3. Mengamalkan minum pati delima.




4. Mengamalkan makan buah kurma setiap hari.



5. Amalkan minum air kepala muda setiap hari ketika hampir hendak bersalin.

.


6. Suami digalakkan mengusap perut isteri dan berselawat sebanyak mungkin.


Selamat Mencuba!!









No comments:

Post a Comment

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget