Followers

Thursday 15 November 2012

Alfalfa kurangkan asid urik untuk pesakit Gout


Pernah dengar penyakit Gout?


Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. 
Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja. (sumber)
Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.
Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.

Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.
Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu. (sumber)

Apakah punca gout?
1. Cara pemakanan – mereka yang banyak minum minuman manis, daging merah dan makanan laut. Begitu juga mereka yang banyak makan kekacang
2. Genetik – Gangguan genetik yang menyebabkan lebihan asid urik dalam badan dan kesukaran membuang asid urik. Mereka yang mengalami gout kemungkinan mempunyai anak yang mempunyai masalah gout juga.
3. Masalah kesihatan - Gout kerap berlaku dalam kombinasi dengan masalah perubatan lain. Antaranya sindrom metabolik, gabungan obesiti abdomen, tekanan darah tinggi, rintangan insulin dan tahap lipid yang tidak normal
4. Ubat-ubatan – pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan seperti aspirin, nicotinic asid, diuretik turut boleh menimbulkan serangan sakit gout.

Alfalfa dan Gout

Alfalfa berfungsi dengan membantu untuk meneutralkan dan mengurangkan tinggi paras asid urik dalam darah anda, ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang dan antioksidan semulajadi. Jadi ia adalah satu pilihan yang sangat baik untuk melegakan gout. 


Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil 
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.
Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
Sumber semulajadi alfalfa.

Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.

PERHATIAN : Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Ibu hamil juga tidak digalakkan ambil produk ini.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Nak tahu vitamin mana yg bersesuaian dgn budget dan masalah anda? Sila hubungi saya di :

My ID : 885212

H/P: 012-3794525 atau 
Email: nshafez@gmail.com atau 
FB : Noor Shafiza untuk sebarang pertanyaan.
 
 

2 comments:

  1. alfalfa tinggi purine? bukan purine tinggi akan sbb kan acid urik lg tinggi ke? please baca article ni..http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120826/kn_03/Gout-tolong-jaga-makan
    and the dr advised to reduce intake of food with high-level of purine..

    ReplyDelete
  2. BETUL TU ....ORG NAK ELAKKAN PURINE YG TINGGI , DIA LAK GALAKKAN PURINE TINGGI

    ReplyDelete

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget