Followers

Tuesday 13 November 2012

Bagaimana nak tingkatkan selera makan anak



-sekadar hiasan-
Anak hilang selera makan, ni adalah benda biasa yang berlaku pada anak-anak di usia 2 hingga 6 tahun.
Ia meninggalkan rasa risau di hati ibu bapa (ibu lah terutamanya) kerana takut anak kurang nutrisi, atau tak membesar dengan baik. Apa sebenarnya faktor anak kurang selera makan?
1. Bila anak bertambah besar, mereka mula memiliki selera tersendiri. Mereka mula ada makanan kegemaran dan sebagainya.
SOLUSI: Sediakan makanan kegemaran anak-anak, dan dengan cara yang menarik. Misalnya sediakan kutleri mengikut watak kartun kegemarannya, etc.
2. Apabila anak sakit atau kurang sihat, selera makan mereka akan menurun.
SOLUSI: Sediakan makanan mengikut keadaan anak.
3. Pengalaman makan yang tidak seronok. Misalnya sering dipaksa untuk makan.
SOLUSI: Jadikan makan adalah satu aktiviti yang memggembirakan anak-anak. Makan bersama-sama, dan jangan paksa mereka habiskan makanan, sebaliknya pujilah bila mereka dapat mengosongkan pinggan mereka.
4. Anak dah kenyang kerana makan snek di antara waktu makan.
SOLUSI: Tetapkan waktu makan dan elakkan makan makanan rapu antara waktu makan.
5. Anak menghadapi masalah kesihatan seperti anemia, kekurangan nutrisi dan sebagainya.
SOLUSI: Periksa corak pemakanan anak dan makanan yang diambilnya. Jika berpunca dari makanan yang disediakan di rumah, ubah cara penyediaan dan menu agar memenuhi keperluan nutrisi anak. Bawa berjumpa pakar jika masih berterusan.
Apa yang sepatutnya ibu lakukan bila anak hilang selera makan?
1. Ceritakan tentang kebaikan dan kelebihan makanan2 yang patut diambilnya.
2. Biar anak tentukan bila dia berasa kenyang dan tidak mahu makan lagi.
3. Sediakan makanan dan snek berkhasiat di rumah.
4. Sediakan minuman yang berkhasiat, rendah kandungan gula serta tinggi nilai nutrisi.
Apa yang tidak patut dilalukan oleh ibu?
1. Jangan perkenalkan makanan rapu kepada anak.
2. Elakkan dari memberi anak makan snek ‘sambil tunggu nasi masak’ dengan kadar yang banyak.
3. Jangan ugut anak sekiranya dia taknak makan.
4. Jangan paksa anak dengan memasukkan makanan ke dalam mulutnya secara paksaan.
Ibu perlu kreatif dalam menarik minat anak untuk makan. 

Dan juga harus tahu bila perlu mendapatkan nasihat dari pakar apabila anak enggan makan...
  1. Bila anak tidak kencing melebihi 8 jam
  2. Bila anak kelihatan tak sihat
  3. Bila keadaan berterusan hingga seminggu
  4. Bila anak enggan minum

Bila naluri ibu berkata “Saya perlukan nasihat seseorang!”
Sekiranya anak hilang selera kerana masalah kesihatan – BERJUMPALAH DENGAN PAKAR
Sekiranya anak hilang selera kerana kerana kurang nutrisi, anda boleh membantunya dengan Mealshake DAN sediakan makanan seimbang, elakkan junk food agar anak dapat khasiat makanan yang secukupnya.
Meal Shakes boleh diteruskan sebagai minuman sihat TAPI bukan untuk menggantikan makanan berkhasiat. Sebagai ibu elakkan dari menjadikan makanan rapu (yang sebenarnya bukan makanan pun…) sebagai ‘favourite snack’ anak-anak, sediakan buah-buahan sebagai gantinya.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Nak tahu vitamin mana yg bersesuaian dgn budget dan masalah anda? Sila hubungi saya di :

My ID : 885212

H/P: 012-3794525 atau 
Email: nshafez@gmail.com atau 
FB : Noor Shafiza untuk sebarang pertanyaan.
 
 

No comments:

Post a Comment

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget