Followers

Thursday 10 December 2015

Resepi kesuburan untuk wanita



TAUGE GORENG
BAHAN-BAHAN:
500 gm tauge segar
200 gm isi ayam (dipotong kecil)
80 gm lobak merah
20 gm daun bawang (dipotong panjang)
10 gm bawang putih (dihiris halus)
15 gm halia (dicincang)
30 ml minyak zaitun
Sedikit kicap manis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA:
Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
Masukkan isi ayam dan lobak merah. Kacau sehingga sebati
Masukkan tauge dan kacau selama 2 minit
Kemudian masukkan garam dan kicap secukup rasa.

INFO:
Menurut kepercayaaan orang- orang lama, taugeh menggalakkan kesuburan wanita dan ianya kaya vitamin dan mineral asid folik.
Asid folik sepatutnya diambik sebelum hamil lagi kerana ia bukan sahaja membantu pembentukan bahan genetik,malah membantu pembentukan sel-sel darah merah.
Pengambilan secara mencukupi semasa peringkat pertama hamil pula boleh mengurangkan risiko kecacatan bayi...

Kredit : Gadis Kampung

No comments:

Post a Comment

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget