Followers

Wednesday 11 June 2014

Kenapa lelaki juga alami ketidaksuburan

Bila sebut soal kesuburan, wanita yang sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Wanita juga yang selalunya sibuk untuk bertemu doktor dan mencari jalan penyelesaian untuk masalah ketidaksuburan. Tetapi tahukah anda, lelaki juga menyumbang kepada masalah ketidaksuburan? Kajian menunjukkan di setiap 3 pasangan, 1 pasangan adalah berpunca dari lelaki. 

Tips Khas Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki. Sesuai dibaca oleh;
  • Suami isteri yang telah lama menantikan kehadiran cahaya mata
  • Suami isteri yang teringin nak tambah lagi anak
  • Pasangan baru kahwin yang berhasrat dapatkan anak cepat
  • Pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan dan ingin memastikan diri subur


TIS PERTAMA – ELAKKAN PERKARA YANG BOLEH MENGURANGKAN TAHAP KESUBURAN

Ada beberapa perkara yang boleh dielakkan bagi mengurangkan tahap kesuburan seorang lelaki.

1. Jangan Pakai Seluar Yang Ketat


Ini termasuklah seluar dalam (spender) yang ketat dan juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan di kawasan ‘tersebut'. Ada juga kajian yang mengatakan pemakaian boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam (spender).

2. Kurangkan Pendedahan Kepada Bahan Kimia dan Radiasi


Sinaran-X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenalpasti boleh menganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur.

3. Elakkan Suhu Yang Terlalu Panas


Cuba elakkan untuk bersauna atau mandi air panas yang terlalu lama. Kerana ianya tidak elok untuk kesuburan dan ia boleh menyebabkan kilang telur mengalami kepanasan sekaligus mematikan sperma yang sangat berharga.

Menggunakan laptop di atas riba juga dikatakan boleh menganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan akan terhala ke bahagian sulit lelaki. Seboleh mungkin, letak alas yang boleh menghalang haba tersebut membunuh sperma anda.

TIPS KEDUA –MAKAN MAKANAN YANG SIHAT

1. Makan Makanan Kaya Antioksida
2. Amalkan Pengambilan Suplement
3. Elakkan Makanan Yang Membunuh Sperma
 

TIPS KETIGA – AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT
 
1. Berhenti Merokok & Jauhi Perokok
 
2. Kurangkan Stres


Adalah penting untuk anda menjaga diet pemakanan anda. Pemakanan adalah berkait rapat dengan kesihatan dan tahap kesuburan.

Kajian demi kajian menunjukkan antioksida boleh membantu meningkatkan kandungan sperma lelaki. Kandungan sperma yang tinggi (atau juga disebut sperm count) penting untuk kesuburan.

Dapatkan makanan yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan Coenzyme Q10 yang terbukti mampu meningkatkan kesuburan. Contoh makanan adalah seperti buah-buahan, sayuran-sayuran, bijiran, protin dari daging putih (ayam, ikan dan makanan laut) serta produk tenusu.
Dapatkan suplemen yang kaya dengan Vitamin CVitamin E, Coenzyme Q10, seleniumzinc dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk lelaki.

Jadi, untuk mendapatkan supplement yang bersesuaian dengan masalah kesuburan suami dan isteri, boleh hubungi 012 - 3794525 (sha). Perbincangan dan konsulatsi berkaitan produk boleh dijalankan melalui watsap.

Minuman beralkohol serta kopi dan daging merah dikaitkan dengan sebagai pemakanan yang menganggu kesuburan. Sebagai orang Islam, memang sah-sah lah anda tak boleh minum minuman beralkohol. Jangan makan daging terlalu kerap.

Kebanyakkan orang ambil mudah tentang kesihatan. Sedangkan mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah antara cara yang paling mudah.
Kalau anda seorang perokok dan inginkan anak, sila berhenti merokok sekarang. Rokok dan asap rokok boleh menganggu kesuburan suami dan juga isteri.Sila Berhenti Merokok. Selain itu, memang tiada manfaat yang diperolehi daripada merokok selain daripada merosakkan badan yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Asap rokok juga sangat berbahaya kepada orang sekeliling.
Stres yang terlampau tinggi boleh menganggu penghasilan dan keseimbangan hormon di dalam badan. Ini termasuklah hormon-hormon yang membantu penghasilan sperma.

Antara cara untuk mengurangkan stres adalah bersukan, melakukan aktiviti yang disukai dan pergi bercuti. Jangan terkejut kalau ada orang yang terus mengandung selepas bertukar kerja.

 

3. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal


Orang yang terlalu kurus atau terlalu gemok dan obes adalah berkemungkinan tinggi untuk mempunyai kandungan sperma yang rendah serta menghasilkan sperma yang ‘cacat’.

 

4. Jangan Ketagih Dadah


Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan sperma mati. Ada juga dadah yang boleh mengecutkan ‘kilang sperma’ sekaligus menghilangkan kelelakian seorang lelaki.

TIPS KEEMPAT – DAPATKAN KHIDMAT PAKAR

Kadang-kadang anda dah cuba semua cara di atas tetapi masih gagal untuk mendapatkan cahaya mata. Sebelum anda pasrah dan menyerahkan kepada ‘soal rezeki’ semata-mata, silalah bertanya pada yang pakar. Ada kemungkinan masalah anda berpunya daripada penyakit-penyakit tertentu yang perlu diubati terlebih dahulu.



Sertai saya dan dapatkan peluang ini sekarang. Maklumat lanjut hubungi saya dibawah :






No comments:

Post a Comment

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget