Followers

Wednesday 3 June 2015

Bagaimana susu ibu terhasil

Ada pernah terlintas dalam fikiran agaknya bagaimana susu ibu boleh ada ye. Elok pula kena pada masanya bila melahirkan bayi, susu secara semulajadinya bersedia untuk bayi.


Itulah indahnya ciptaan Allah, semua datang tepat pada waktunya. Seronok juga baca kisah susu ni, sebab ianya berkait rapat dengan ibu. Bayangkan anugerah yang kita dapat ni, tidak perlu lagi nak beli susu, sudah sedia dalam badan sendiri. 

Anatomi Payudara Dan Fungsinya

Sebelum melangkah lebih jauh, mari kita kenali bagaimana agaknya susu badan dihasilkan? Adakah ibu mempunyai kilang susu? Yelah kalau dah keluar susu, secara lojiknya mesti ada kilang susu kan. Tapi ia tersimpan kat mana agaknya?

Kilang susu dinamakan sebagai alveoli. Sel alveoli ini bertindak sebagai kilang yang mengeluarkan susu. Sekumpulan alveoli dipanggil lobule. Dan sekumpulan lobule dipanggil lobe di mana ia disambungkan kepada duktus yang bertanggungjawab menyalurkan susu ke puting payudara.

Setiap payudara berupaya mengeluarkan antara 15-20 lobe di mana setiap lobe mempunyai duktus susunya yang tersendiri. Wow banyak kan?
Hormon prolaktin membantu alveoli ini menyerap protein, gula dan lemak melalui salur darah untuk menghasilkan susu.
Terdapat dua hormon yang sangat penting dalam penghasilan susu badan iaitu prolaktin dan oxytoxin yang perlu ibu tahu.

PROLAKTIN

Hormon yang penting untuk penghasilan susu. Sesudah melahirkan, hormon prolaktin akan berada pada tahap tertinggi dalam badan sebagai persediaan untuk menghasilkan susu badan pada ibu.
Prolaktin ini bukan sahaja membanyakkan susu tetapi juga bertindak sebagai hormon mencegah hamil. Kenapa? Sebab ianya menyekat pengeluaran dua hormon ovulasi iaitu FSH dan GnRH. Ia menyebabkan ovulasi tidak berlaku dan seterusnya menyebabkan pengeluaran haid terganggu. Sebab itu ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan pertama, boleh menghalang ibu dari kehamilan. 

OXYTOXIN

Hormon ini juga disebut sebagai hormon CINTA. Ini kerana ia ujud selepas ibu melahirkan dan semasa menyusukan bayi, tindakbalas hormon ini akan menyebabkan rasa “cramp” pada bahagian rahim semasa bayi menghisap susu.

Proses itu akan menolong rahim mengecut dengan lebih cepat. Oleh itu susuilah bayi anda untuk kelihatan cepat langsing dan sihat.
Hormon ini juga memberikan rasa ketenangan pada ibu, mengurangkan kemurungan pada ibu. Secara tidak langsung akan mengelakkan angin “meroyan”.
Hormon ini juga berupaya membantu dalam “milk ejection” ataupun let down reflex.

LET DOWN REFLEX



Juga dikenali sebagai LDR. Sensasi rasa let down reflex akan dirasai apabila bayi menghisap. LDR pada setiap ibu adalah berbezaz. Ada yang cepat mengalami LDR, ada yang tidak mengalaminya langsung.

Ada yang sensitif dengan LDR, teringat pada bayi sendiri juga boleh mencetuskan LDR. LDR ini membantu susu keluar dengan mudah.

KOLOSTRUM


Kolostrum adalah susu awal ibu. Ianya berwarna kekuningan dan seringkali digelar cecair emas. Kolostrum ini sangat bernilai kerana ia mengandungi protein tinggi dan tinggi dengan kandungan antibodi yang dipanggil immunoglobulins yang membantu kuatkan imuniti bayi.

Kerana itulah ibu-ibu jangan sampai terlepas peluang memberikan kolostrum ini sebagai minuman pertama yang masuk ke perut bayi. Ianya tidak banyak kerana ia tebal dan pekat tetapi khasiatnya tidak terbanding.
Jangan risau tentang kata-kata keliling yang menyatakan “bayi tak cukup susu” ni. Bila melihatkan kolostrum yang sedikit ini. Hakikatnya, perut bayi sudah memadai dengan jumlah kolostrum yang ada.
Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan. Dan boleh membantu semua ibu dalam meneruskan perjalanan penyusuan susu anda. credit 
Dapatkan Habbasyi Oil sekarang!! Ia membantu ibu menghasilkan susu lebih meriah dan kenyang untuk si manja anda!


Call/ SMS / Whtsup : 012-3794525


No comments:

Post a Comment

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget