Followers

Wednesday 13 May 2015

Tips Jika Bayi Tidak Buang Air Besar Melebihi 3 Hari

Hari ni saya nak share tips bagi membantu mengatasi masalah bayi sukar buang air besar. Tidak buang air besar tiga hari adalah normal bagi bayi dan tidak perlu diberikan ubat. Hanya tambahkan kekerapan minum susu supaya dapat melancarkan penbuangan najis. Walaubagaimanapun, jika melebihi 3 hari, terdapat cara bagi membantu melancarkan proses buang air besar bayi anda. Caranya seperti berikut.

1. Menggerak-gerakan Kaki Bayi Secara Perlahan
Untuk melancarkan proses pembuangan najis si bayi, anda perlu baringkan bayi, kemudian pegang kedua pergelangan kakinya secara perlahan. Setelah itu, gerak-gerakan secara perlahan kedua-dua pergelangan kaki bayi seolah-olah sedang mengayuh basikal. Aktiviti ini akan merangsang usus besar bayi bagi melancarkan pembuangan najis.



2. Berikan Urutan Pada Perut Bayi
Para ibu disyorkan supaya mengurut perut bayi secara perlahan-lahan dengan menggunakan minyak bayi. Hal ini akan membantu membuang angin dan melegakan perut bayi, sehingga mereka dapat membuang najis dengan lebih mudah dan lancar.

3. Berikan Ramuan Madu Asli yang Dicampur Air Suam
Selain susu ibu anda juga boleh memberikan satu sudu kecil madu asli yang dicampurkan dengan satu cawan kecil air suam kemudian masukan ke dalam botol susu. Selain menggunakan botol susu anda juga boleh menggunakan sudu secara langsung. Ramuan madu asli dan air suam ini telah menjadi ramuan sejak dahulu lagi dan terbukti mampu melancarkan buang air besar pada bayi.

4. Rendam Bayi Ke Dalam Air Suam
Mandikan dan rendamkan bayi anda dengan menggunakan air suam kerana ianya bukan sahaja dapat menyegarkan bayi malah dapat melegakan perut bayi seterusnya membantu proses membuang kotoran dengan lebih mudah dan teratur.

Selamat mencuba!!


No comments:

Post a Comment

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget